Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook featured_5

Facebook Perkenal ‘Your Algorithm’ – Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels

Diterbitkan Oktober 14, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

Facebook kini memperkenalkan ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna menyesuaikan cadangan kandungan dalam Feed dan Reels mengikut minat masing-masing.

Dinamakan Your Algorithm, ciri ini membolehkan pengguna menambah dan mengurus topik pilihan yang ingin dilihat dalam Feed dan Reels. Pengguna boleh mengaksesnya melalui menu tiga titik pada setiap siaran, yang turut dikemas kini bagi memudahkan akses kepada pilihan penyesuaian kandungan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/14085003/01_Your-Algo_01.mp4

Selain itu, Facebook turut memperkenalkan lebih banyak pilihan untuk memberikan maklum balas terhadap kandungan yang dipaparkan dalam Feed dan Reels.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/14085010/01_Your-Algo_reels_02.mp4

Apabila memilih “Interested” atau “Not interested”, pengguna mungkin ditanya soalan susulan bagi menjelaskan perkara yang disukai atau sebaliknya. Pengguna juga boleh menyatakan jenis kandungan yang mahu dilihat dengan lebih kerap atau dikurangkan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/14084955/02_More-Ways-to-Tell-Us-What-You-Want-In-Your-Own-Words_Carousel-01.mp4

Maklum balas ini membolehkan Facebook menyesuaikan cadangan kandungan dalam masa nyata, termasuk ketika pengguna masih dalam sesi penggunaan yang sama.

Menurut Meta, sistem cadangan Facebook selama ini mempelajari minat pengguna melalui pelbagai isyarat, termasuk siaran yang disukai, komen yang ditinggalkan dan video yang ditonton. Kini, model bahasa raya (LLM) turut membantu sistem memahami minat, konteks dan tujuan di sebalik arahan yang ditulis dalam bahasa semula jadi.

Meta berkata gabungan arahan teks yang diberikan pengguna dengan maklumat yang dipelajari daripada aktiviti mereka akan membantu menjadikan cadangan dalam Feed dan Reels lebih relevan dan responsif dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Facebook Perkenal AI Mode - Jawapan Carian Berdasarkan Perkongsian Awam Pengguna
  • Meta Setuju Bayar Sehingga AS$18 Bilion, Bakal Hadkan Facebook Dan Instagram Remaja 2 Jam Sehari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY