Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI mode Facebook_

Facebook Perkenal AI Mode – Jawapan Carian Berdasarkan Perkongsian Awam Pengguna

Diterbitkan Jun 16, 2026 · Dikemas kini Jun 16, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan beberapa ciri baharu di Facebook yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pengalaman carian serta memudahkan penghasilan kandungan kreatif.

Antara yang diperkenalkan ialah AI Mode, mod carian baharu yang menggunakan Meta AI untuk menjawab soalan pengguna secara terus. Sama seperti pendekatan yang digunakan Google dalam AI Search, AI Mode di Facebook akan memaparkan jawapan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kandungan yang dikongsikan secara umum di platform tersebut, termasuk menerusi kumpulan dan Reels.

Melalui ciri ini, pengguna tidak lagi perlu meneliti satu demi satu hasil carian kerana sistem AI akan merumuskan maklumat yang ditemui dan memaparkannya dalam bentuk jawapan secara terus. AI Mode ini dikuasakan oleh teknologi AI Meta yang dikenali sebagai Muse Spark.

AI mode Facebook_

Dalam masa yang sama, Meta turut menambah beberapa alat kreatif berasaskan AI untuk memudahkan penghasilan kandungan. Antaranya termasuk cadangan automatik bagi menghasilkan kolaj foto serta montaj video daripada gambar yang tersimpan dalam galeri peranti. Meta menjelaskan bahawa ciri ini adalah pilihan dan boleh dimatikan pada bila-bila masa.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/16091947/02_Vista.mp4

Selain itu, Facebook kini menambah preset suntingan foto berasaskan AI yang membolehkan pengguna menukar penampilan dalam gambar seperti pakaian, gaya rambut dan aksesori hanya dengan beberapa sentuhan. Fungsi ini boleh diakses menerusi pilihan “AI Edit” dalam Stories atau melalui gambar profil menggunakan ciri “Restyle”.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/16091918/03_Wear-It.mp4

Ketiga-tiga ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Facebook sebagai sebahagian daripada usaha Meta memperluaskan penggunaan AI dalam platform media sosialnya.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus
  • Meta Perkenal 'Incognito Chat' Dengan Meta AI Di WhatsApp
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY