Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: FILE PHOTO: A Facebook logo is displayed on a smartphone in this illustration

Ciri Terawal Facebook Yang Pernah Popular Dahulu Kembali, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, Facebook pernah perkenalkan ciri yang dikenali sebagai “Poke” (cuit).

Poke adalah salah satu ciri paling lama pernah ada pada Facebook yang merupakan ciri unik membolehkan anda menghantar notifikasi “poke” kepada seseorang.

Poke merupakan ciri yang begitu popular di awal kemunculan Facebook, tetapi disembunyikan dalam navigasi selepas ia hilang popularitinya.

Jika anda sudah lama tidak bercakap dengan seseorang, anda boleh poke mereka di Facebook sebagai pemula “salam”

Poke di Facebook boleh digunakan sebagai ucapan atau meminta seseorang untuk kembali ke platform.

Anda juga boleh poke seseorang untuk melihat sama ada mereka akan poke anda kembali.

Jika mereka melakukannya, anda boleh poke rakan anda sekali lagi.

FB Poke

Walau bagaimanapun, anda hanya boleh membuat poke lain hanya jika orang itu poke anda kembali dahulu.

Jika anda tidak mahu menerima lebih daripada satu poke daripada seseorang, anda boleh sama ada mengabaikan poke mereka atau menyekatnya.

Untuk mengakses ciri ini, anda boleh sahaja taip poke pada bar carian di dalam Facebook. Kemudian tap pada Pokes.

FB Poke
FB Poke
FB Poke

Facebook di Threads pada minggu lalu mengumumkan bahawa mereka telah menambah baik cadangan platform tentang siapa yang perlu di poke dan juga memudahkan untuk mencari halaman poke melalui carian.

Selain itu, Facebook menambah keupayaan untuk poke rakan apabila anda mencari mereka di rangkaian sosial.

Facebook mengatakan perubahan kecil ini telah membawa kepada lonjakan 13x ganda dalam poke pada bulan lalu dengan menyatakan menyatakan bahawa lebih daripada 50% poke datang dari pengguna yang berusia antara 18 tahun hingga 29 tahun.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY