Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Data Terbaru Buktikan EV Lebih Bersih Daripada ICE

Posted on Julai 16, 2025Julai 16, 2025

Akhirnya, kenderaan elektrik (EV) diiktitraf sebagai lebih bersih dari kenderaan pembakaran dalaman (ICE).

Ia dibuktikan menerusi kajian baharu yang dibuat oleh ICCT menunjukkan bahawa kereta elektrik bateri (BEV) yang dijual di Eropah hari ini menghasilkan 73% kurang pelepasan gas rumah hijau sepanjang kitar hayatnya berbanding kereta petrol.

“Emisi kitar hayat kereta elektrik bateri adalah 73% lebih rendah daripada kereta petrol. Malah apabila menggunakan hanya sumber elektrik boleh diperbaharui, pengurangan ini boleh mencapai sehingga 78%.” ICCT

Malah peratusan itu mengambil kira proses pengeluaran bateri EV. Ini merupakan peningkatan 24% berbanding anggaran pada tahun 2021 dahulu.

Menurut laporan ICCT, penurunan pelepasan ini dipacu oleh dua faktor utama iaitu:

  • Peralihan pesat kepada tenaga boleh diperbaharui di Eropah (diunjur mencapai 56% menjelang 2025 dan 86% menjelang 2045).
  • Kecekapan tenaga BEV yang jauh lebih tinggi berbanding teknologi lain.

Sebaliknya, kereta hibrid dan plug-in hybrid pula hanya mencatat pengurangan 20–30% pelepasan, tidak mencukupi untuk mencapai sasaran iklim jangka panjang.

Kajian turut menyentuh teknologi lain seperti kereta sel bahan api hidrogen, yang hanya menawarkan penurunan emisi besar jika menggunakan hidrogen daripada sumber boleh diperbaharui di mana ia masih belum tersedia secara meluas di Eropah.

ICCT menegaskan, perlunya data yang telus dan berasaskan dunia sebenar untuk menangkis maklumat salah dengan harapan analisis mereka dapat membantu pembuat dasar dan pengguna membuat keputusan lebih tepat dan berpaksikan sains.

Jadi, jika anda masih ragu-ragu untuk beralih ke kereta elektrik, ini merupakan bukti paling kukuh setakat ini.

{suggest}

Sumber: International Council on Clean Transportation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress