Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030

Thailand Juga Dilaporkan Pertimbang Guna Tenaga Nuklear Menjelang 2037

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh ariff bukhari

Thailand juga bakal mengikuti langkah Indonesia untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif.

Berdasarkan kepada laporan Bangkok Post, Thailand kini sedang mempertimbangkan untuk membangunkan reaktor nuklear modular kecil (SMR) sebagai usaha mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan menstabilkan bekalan tenaga.

Beberapa syarikat utama seperti Ratch Group, Global Power Synergy (anak syarikat konglomerat minyak dan gas negara PTT Plc) dan Saha Pathanapibul menyokong cadangan ini, sejajar dengan pelan kerajaan itu untuk mengurangkan pelepasan karbon.

SMR mempunyai kapasiti sehingga 300MW — lebih kecil, selamat dan cekap berbanding loji nuklear tradisional.

Ia direka dengan sistem penyejukan graviti semula jadi dan boleh menggunakan bahan api terpakai, sekaligus menangani isu pengurusan sisa nuklear.

Dua unit SMR dijangka beroperasi menjelang akhir Rancangan Pembangunan Tenaga (PDP) 2024 hingga 2037.

Projek ini dibangkitkan semula selepas beberapa cubaan sebelum ini gagal, termasuk pembatalan projek pada 1980-an dan pengguguran rancangan nuklear pada 2011 susulan insiden Fukushima.

Seminar antarabangsa mengenai SMR akan diadakan di Bangkok pada 16 Julai ini untuk membincangkan potensi dan cabaran teknologi ini dalam konteks Thailand.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Indonesia menyasarkan untuk membangunkan reaktor modular kecil (SMR) pertama seawal 2030 atau 2032 dengan bermula di Borneo.

Berkaitan

  • Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi

Sumber: Bangkok Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY