Setiap kali mendaki bukit atau berlari jauh, pasti ada waktu kaki terasa berat dan tenaga makin berkurang. Rasa penat atau sakit sendi sering menjadi penghalang utama untuk kita terus menikmati aktiviti kesukaan.
Tetapi bagaimana kalau ada alat pintar yang mampu meringankan setiap langkah dan melindungi badan daripada kecederaan?
Inilah fungsi utama Hypershell X, sebuah eksoskeleton pintar yang dicipta untuk menyokong pergerakan tubuh dengan menggunakan teknologi AI canggih.
Ringan, mudah dilipat, dan sangat praktikal, Hypershell X hanya seberat 1.8 kg tetapi mampu memberikan tenaga tambahan sehingga 800 watt, seterusnya mengurangkan keletihan sehingga 30 peratus.
Berbeza daripada eksoskeleton biasa yang terasa keras dan robotik, Hypershell X menggunakan teknologi AI yang dikenali sebagai MotionEngine, mampu membaca pergerakan tubuh secara masa nyata dan menyesuaikan bantuan mengikut keperluan pengguna.
Ia memberikan rasa seolah-olah otot tambahan sedang membantu setiap langkah anda, menjadikan perjalanan jauh, mendaki bukit atau membawa beban berat lebih mudah.
Selain membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan keletihan, alat ini juga memainkan peranan penting dalam melindungi badan daripada risiko kecederaan.
Dengan mengurangkan tekanan pada sendi seperti lutut, pinggul, dan buku lali, Hypershell X membantu anda bergerak dengan selamat tanpa risiko kecederaan jangka panjang.
Ia juga menawarkan kestabilan tambahan, mengurangkan risiko terjatuh ketika bergerak di permukaan tidak rata, dan memberi sokongan tambahan jika berlaku tersalah langkah.
Pendek kata, alat ini seperti “pembantu pintar” yang memastikan anda sentiasa selamat walaupun sedang mencabar diri ke tahap maksimum.
Hypershell X bukan sahaja untuk atlet ekstrem, tetapi sesuai untuk semua orang yang ingin bergerak lebih aktif dengan kurang usaha dan lebih selesa.
Sama ada anda seorang pendaki, pelari jarak jauh, pengembara, ataupun individu yang sedang pulih daripada kecederaan, alat ini mampu memberikan sokongan yang diperlukan.
Hypershell X hadir dalam tiga varian untuk memenuhi keperluan berbeza pengguna:
- Go X – Dilengkapi dengan kuasa 400W, mampu mengurangkan keletihan sehingga 20%, dan menawarkan jarak penggunaan sekitar 15 km. Harga, $799 (~RM3,500).
- Pro X – Menawarkan kuasa 800W, pengurangan keletihan sehingga 30%, dan jarak penggunaan sekitar 17.5 km. Harga, $999 (~RM4,380).
- Carbon X – Mempunyai spesifikasi serupa dengan Pro X tetapi dengan rangka aloi titanium yang lebih ringan, menjadikannya pilihan paling premium. Harga, $1,499 (~RM6,580).
Dengan Hypershell X, anda tidak lagi perlu risau tentang penat atau sakit sendi. Ia adalah revolusi pintar untuk pergerakan yang lebih sihat, lebih jauh, dan lebih menyeronokkan.
{suggest}
Sumber: Hypershell X