Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Image Apr 23, 2025_

Saintis Dakwa Temui Warna Baharu Yang Belum Pernah Dilihat

Diterbitkan April 23, 2025 · Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amalina Athman

Sekumpulan saintis yang menjalankan eksperimen rangsangan retina mendakwa telah menemui warna baharu yang belum pernah dilihat oleh manusia sebelum ini.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Science Advances pada 18 April, sekumpulan penyelidik menjalankan eksperimen dengan menggunakan denyutan laser yang ditembak terus ke dalam mata peserta. Dengan merangsang sel-sel tertentu dalam retina, ia membolehkan peserta melihat satu warna yang didakwa seakan-akan biru-hijau, dinamakan “olo” oleh para saintis.

Eksperimen ini melibatkan lima peserta, iaitu empat lelaki dan seorang wanita – kesemuanya mempunyai penglihatan warna yang normal. Tiga daripada peserta tersebut, termasuk Profesor Ren Ng dari Universiti California, adalah penulis bersama bagi kertas penyelidikan itu.

Prof Ng, dalam temu bual bersama BBC, menggambarkan penemuan itu sebagai “luar biasa” dan menyatakan warna “olo” adalah lebih tepu daripada mana-mana warna yang boleh dilihat di dunia nyata.

Katakanlah anda melalui seluruh hidup anda dan hanya melihat warna merah jambu, baby pink, merah jambu pastel. Kemudian suatu hari anda pergi ke pejabat dan seseorang memakai kemeja, dan ia adalah baby pink yang paling tepu yang pernah anda lihat, dan mereka berkata itu adalah warna baharu dan kami memanggilnya merah.

Sementara itu, dalam laporan The Guardian, Ng juga menekankan bahawa “kita tidak akan melihat olo pada mana-mana paparan telefon pintar atau TV dalam masa terdekat. Dan ini jauh, sangat jauh, melebihi teknologi fon kepala VR.”

Saintis Dakwa Temui Warna Baharu Yang Belum Pernah Dilihat
Warna yang dikatakan paling hampir dengan warna “olo” yang ditemui penyelidik.

Berkenaan kajian tersebut, penyelidik menjalankan eksperimen dengan memancarkan sinar laser ke dalam salah satu anak mata peserta. Kemudian, peserta perlu memandang ke arah sebuah peranti yang dipanggil Oz – dilengkapi cermin, laser, dan peranti optik lain.

Penglihatan normal melibatkan ketiga-tiga sel kon dalam retina iaitu S, L, dan M, yang masing-masing sensitif kepada biru, merah, dan hijau – ketiga-tiga jenis sel ini mempunyai fungsi yang saling bertindih.

Namun, dalam eksperimen ini, laser hanya merangsang sel kon M, yang membolehkan peserta melihat warna yang “tidak pernah wujud dalam penglihatan semula jadi”.

Penyelidik dalam kajian itu berkata penemuan tersebut mungkin boleh memberi manfaat dalam penyelidikan lanjut mengenai buta warna.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Saintis Cipta Peranti Yang Bolehkan Anda Rasa Makanan Dalam Dunia Maya
  • Kawasaki Perkenal Kategori Baharu Motosikal 'Berkaki Empat'
  • Selepas Pupus Lebih 10,000 Tahun, Serigala Purba "Kembali Dihidupkan"

Sumber: People

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY