Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol

CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol

Diterbitkan April 22, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat bateri gergasi China, CATL, telah melancarkan bateri natrium-ion baharu yang dijangka mengubah landskap industri kenderaan elektrik (EV).

Bateri ini dianggap lebih murah, berfungsi lebih baik dalam cuaca sejuk dan selamat berbanding bateri litium-ion yang biasa digunakan.

CEO CATL, Robin Zeng, menyatakan bahawa teknologi ini sudah bersedia untuk pengeluaran komersial dan dijangka menggantikan separuh pasaran bateri litium, besi dan fosfat. Teknologi ini juga tidak memerlukan logam mahal, menjadikannya lebih ekonomik.

Walau bagaimanapun, pengeluaran besar-besaran bateri ini untuk EV dan hibrid hanya akan bermula pada hujung tahun ini,

Sebaliknya, pengeluaran awal pada bulan Jun bagi bateri tersebut yang akan menggunakan jenama Naxtra akan dilancarkan untuk kenderaan berat seperti lori.

Bateri Naxtra dijangka memberikan jarak pemanduan sehingga 500 km. Pada masa yang sama, CATL juga memperkenalkan generasi kedua bateri Shenxing, yang akan dipasang pada 67 model kereta tahun ini dari jenama China seperti Zeekr, Nio dan Avatr.

Bateri ini menawarkan jarak 800 km dan mampu mengecas 520 km hanya dalam masa lima minit—melebihi pesaing utama seperti BYD.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Bateri Baharu Ini Boleh Dicas 2000 Kali Tanpa Risiko Terbakar
  • vivo V50 Lite Bakal Hadir Untuk Pasaran Malaysia

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY