Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, khabar angin mengenai reka bentuk panel hadapan iPhone 18 Pro bercampur-campur. Ada yang mengatakan Face ID akan tersembunyi di bawah skrin, manakala laporan lain menyebut kamera hadapan punch-hole di penjuru kiri atas.
Kini, peniris terkenal Weibo, Instant Digital, berkongsi butiran baharu yang nampaknya menjelaskan keadaan ini.
Memetik laporan MacRumors, Instant Digital menyatakan laporan awal dari sumber China dan Korea mengenai kemungkinan pemindahan sensor inframerah (IR) di sebelah kiri bawah skrin, telah disalah tafsir dalam beberapa liputan berbahasa Inggeris sebagai kamera hadapan berbentuk punch-hole di sebelah kiri.

Untuk lebih jelas, Instant Digital turut berkongsi imej yang menunjukkan susunan sensor Face ID terdiri daripada tiga modul berbeza dipasang pada satu kabel fleksibel, iaitu IR flood illuminator di sebelah kiri, dot projector di tengah dan kamera IR di sebelah kanannya.
Bermakna, hanya flood illuminator yang mungkin dipindahkan di penjuru kiri bawah skrin. Sebaliknya, dot projector dan kamera IR akan kekal di tengah, di mana kamera swafoto juga akan kekal. Dynamic Island berbentuk pil mungkin menjadi lebih kecil, tetapi tetap berada di tengah.

Penganalisis paparan terkenal yang juga bekas Naib Presiden CounterPoint Research, Ross Young, turut menyokong penjelasan Instant Digital, menyatakan ia merupakan perkara yang disebutnya dalam laporan tahun lalu.
Yes this is what I alluded to months ago.
— Ross Young (@DSCCRoss) January 20, 2026
Of course, I was saying that not all Face ID components will be under a transparent area of the display, resulting in a smaller notch. I could have said that more clearly. We expect this look to last for both 2026 and 2027…
— Ross Young (@DSCCRoss) January 21, 2026
Penjelasan Instant Digital, disokong oleh Young, secara langsung bertentangan dengan beberapa laporan Wayne Ma dari The Information sejak Mei tahun lalu, yang menyatakan kamera hadapan iPhone 18 Pro akan dipindahkan ke penjuru kiri atas paparan.
Benar atau salah, semuanya hanya akan terjawab apabila Apple melancarkan model itu menjelang September 2026.
{suggest}
Gambar utama: Apple Hub
