Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 18 Pro Dijangka Ada 6 Peningkatan Baharu

iPhone 18 Pro Dijangka Ada 6 Peningkatan Baharu

Diterbitkan Januari 19, 2026 ยท Dikemas kini Januari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 18 pada September 2026 nanti, tapi ura-ura berkaitannya sudah pun mula meliar di media sosial.

Sepertimana yang dikongsikan oleh Apple Leaker di platform X, iPhone 18 Pro dijangka akan menerima pelbagai peningkatan besar yang memfokuskan prestasi, kamera dan sambungan.

Antara tumpuan utama ialah cip A20 Pro berasaskan teknologi 2 nanometer, yang dijangka menawarkan lonjakan ketara dari segi kuasa pemprosesan dan kecekapan tenaga berbanding generasi sebelumnya.

Dari sudut fotografi, iPhone 18 Pro bakal hadir dengan kamera utama apertur boleh ubah, membolehkan kawalan cahaya lebih fleksibel untuk hasil gambar yang lebih profesional dalam pelbagai situasi.

Apple juga dikatakan akan memperkenalkan ciri imbasan Face ID bawah paparan.

Tapi apa yang lebih penting lagi Apple dijangka akan mengucapkan selamat tinggal pada Qualcomm apabila mula menggunakan cip modem buatan sendiri ke dalam iPhone 18 nanti.

Selain itu, sokongan 5G melalui satelit juga turut dijangka akan tiba pada iPhone akan datang yang akan menawarkan sambungan kecemasan dan komunikasi di kawasan terpencil.

Menariknya, harga dijangkakan kekal untuk versi Pro dan Pro Max.

Sebagai tambahan, warna baharu burgundy akan diperkenalkan pada siri iPhone 18 nanti.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung
  • Huawei Kembali Kuasai Pasaran Telefon Pintar China, Apple Hanya Di Tempat Ke-3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY