Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone face id_1

Kamera Depan iPhone 18 Pro Mungkin Beralih Ke Posisi Ini

Diterbitkan Mei 5, 2025 ยท Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Model iPhone 18 Pro yang dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2026 kemungkinan akan dilengkapi dengan Face ID di bawah skrin.

Menurut laporan The Information, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max hanya akan mempunyai lubang kecil di penjuru kiri atas skrin untuk menempatkan kamera depan, manakala semua perkakasan Face ID akan dipindahkan ke bawah skrin.

“Reka bentuk ini merupakan persediaan kepada sekurang-kurangnya satu model iPhone 2027 yang akan menempatkan kamera depan di bawah skrin, untuk membolehkan paparan benar-benar tepi-ke-tepi, kata dua orang tersebut. Langkah sedemikian akan bertepatan dengan ulang tahun ke-20 iPhone,” lapor The Information.

Dengan adanya Face ID di bawah skrin, laporan itu menyebut model iPhone 18 Pro tidak lagi mempunyai potongan berbentuk pil di bahagian atas skrin.

Sekiranya laporan ini benar, iPhone bukanlah telefon pintar pertama yang menawarkan posisi kamera depan seperti itu. Namun, kedudukan kamera di penjuru kiri ini akan menjadi perubahan ketara daripada susun atur Dynamic Island sedia ada yang terletak di tengah skrin.

Selain itu, masih belum jelas sama ada ini bermakna ciri Dynamic Island akan dihentikan atau sebaliknya hanya dipindahkan ke posisi baharu.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM
  • Apple Dilapor Batalkan Rancangan Paparan Anti-Pantulan Untuk iPhone 17
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China

Sumber: The Information

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY