Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

DNB Sahaja Atau Ada ‘Telco’? Keputusan Laksana 5G Di Malaysia Akan Terjawab Rabu Depan

Posted on Mac 12, 2022

Sebenarnya, sejak Disember tahun lalu, kerajaan sepatutnya memuktamadkan model pelaksanaan 5G di Malaysia pada Januari yang lepas.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tidak dapat diberikan lagi sehingga hari ini. Namun, menteri KKMM Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa kabinet bakal memuktamadkannya pada rabu hadapan.

Biarpun telah membuat perbincangan, Annuar enggan berkongsi terhadap perkara ini dan segalanya akan terjawab minggu depan.

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) menyarankan kerajaan untuk membenarkan mereka untuk menjadi penyedia infrastruktur 5G kedua di Malaysia.

Hal ini kerana syarikat ‘telco’ bimbang akan monopoli yang mungkin terjadi sekiranya kerajaan memilih sebagai penyedia borong tunggal menerusi DNB.

Tambahan lagi, mereka turut bimbang akan harga yang mungkin agak tinggi sekiranya DNB sahaja yang menawarkannya. Pun begitu, DNB sebelum ini pernah berkata kos 5G akan jauh lebih rendah dan mampu milik.

Sumber: reuters

Baca juga:

  • Annuar Musa: Kos Perkhidmatan 5G Untuk Rakyat Adalah Mampu Milik

  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress