Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5G: Kerajaan Atau Syarikat Telekomunikasi Yang Sediakan? Jawapannya Januari Ini

Posted on Disember 8, 2021

Digital Nasional Berhad, DNB selaku pembekal borong 5G dilaporkan akan menawarkan perkhidmatan 5G secara percuma kepada syarikat telekomunikasi bermula 15 Disember hingga 31 Mac 2022.Walau bagaimanapun, hanya Telekom Malaysia (TM) yang telah bersetuju menyertainya buat masa ini.

Semalam, Tan Sri Annuar Musa berkata Kabinet akan memuktamadkan berkenaan model borong tunggal perkhidmatan 5G pada Januari 2022 depan selepas mendapatkan pandangan daripada pemain industri dan syarikat telekomunikasi.

Jika kerajaan membatalkan hasrat untuk melaksanakan model borong tunggal, ini mungkin bermakna pihak telekomunikasi akan menguruskan infrastruktur 5G mereka masing-masing seperti sedia ada sekarang.

Beliau juga mengatakan bahawa Kabinet masih berbincang untuk melaksanakan rangkaian 5G melalui DNB atau menggunakan sistem lain bagi membolehkan persaingan.

Tidak pasti apakah DNB akan dibubarkan atau diberi fokus baru jika ia kembali pada sistem sedia ada, namun setakat artikel ini ditulis masih tiada sebarang persetujuan antara pihak DNB dan syarikat telekomunikasi untuk perjanjian jangka panjang 5G.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Annuar Musa: Kos Perkhidmatan 5G Untuk Rakyat Adalah Mampu Milik
  • DNB Pertikai Laporan Reuters, Perbincangan 5G Masih Lagi Berjalan
  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress