Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Malaysia

Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone

Diterbitkan Disember 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Era 5G baru bermula di Malaysia minggu lalu. Mungkin dalam kalangan anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya dah mencubanya.

Nampaknya, bukan sahaja lokasi percubaan 5G tidak berapa banyak tetapi peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia pun terhad.

“Eh, ingatkan semua telefon 5G boleh terus guna dengan mudah?” Tidak.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Research), mereka menjangkakan penggunaan rangkaian 5G di Malaysia adalah perlahan. Malah, unifi mobile dan YES yang kekal sebagai satu-satunya pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dengan perkhidmatan 5G.

Selain itu, mereka mengatakan MNO lain seperti Celcom, Digi, Maxis dan UMobile tidak tergesa-gesa menyertai Rangkaian Borong Tunggal (SWN) Digital Nasional Berhad (DNB).

5g malaysia dnb

Rundingan antara DNB dan MNO pun masih lagi berjalan dan DNB akur dengan permintaan MNO tersebut.

Bukan itu sahaja, Kenanga Research turut menambah bahawa tidak semua peranti 5G sesuai. Hanya beberapa telefon tertentu yang menyokong rangkaian 5G DNB. Lebih parah, peranti iPhone pun tidak menyokongnya lagi.

Untuk membenarkan sokongan telefon dengan rangkaian 5G DNB, ia perlu ada pensijilan peranti dan kemas kini perisian daripada pengeluar peranti.

Seperti yang dinyatakan, buat masa sekarang hanya unifi mobile dan YES merupakan pengendali mendaftar kepada SWN DNB di mana YES satu-satunya mengiklankan pakej 5G di Malaysia.

Walau apa pun, perkara seperti ini sudah dapat dijangka. Sekiranya rundingan antara MNO, DNB dan SKMM masih berlanjutan, pengguna di Malaysia pasti perlu menunggu lebih lama dalam menerima rangkaian 5G.

Kata Kenanga Research, Malaysia ketinggalan dalam pelaksanaan 5G berbanding rakan serantau di Asia Tenggara dan Asia Timur memandangkan rantau lain telah melancarkan 5G sejak 2019 dan 2020.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • 5G: Kerajaan Atau Syarikat Telekomunikasi Yang Sediakan? Jawapannya Januari Ini

  • Annuar Musa: Kos Perkhidmatan 5G Untuk Rakyat Adalah Mampu Milik

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY