Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Malaysia

5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

Diterbitkan November 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam, rangkaian 5G akan mula tersedia di Malaysia pada lokasi seperti Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya.

Kini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa mula berkongsikan hasil ujian rangkaian 5G menerusi pembentangan dan demonstrasi Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration 5G Radio Access Network (RAN) Site di Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Melihat "Showcase 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration 5G Radio Access Network (RAN) Site" di Titiwangsa, Kuala Lumpur. DNB sedang giat membangunkan infrastruktur supaya syarikat-syarikat telekomunikasi boleh menggunakan fasiliti bersama untuk pembangunan 5G. pic.twitter.com/DpJvm05XOC

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 10, 2021

Melaluinya, lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang merangkumi Unifi Mobile, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile masing-masing mencapai kelajuan muat turun 5G melebihi 1000Mbps.

Oleh itu, rakyat Malaysia selepas ini bakal menikmati kelajuan internet yang laju dengan adanya rangkaian 5G memandangkan kebanyakan peranti pintar masa kini pun sudah menyokongnya.

Namun, diharapkan rangkaian 5G di Malaysia diperluaskan secepat mungkin dan menurut menteri, negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak akan mula menerimanya bermula tahun hadapan.

Baca juga:

  • DNB: Harga Jualan Data 5G Akan Didedahkan Kepada Umum

  • Bajet 2022: 5G Diperluas, Internet Lebih Baik Di PPR, Bantu Usahawan Mikro

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 100Mbps

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY