Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
annuar musa 5G

Annuar Musa: Kos Perkhidmatan 5G Untuk Rakyat Adalah Mampu Milik

Diterbitkan November 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Menurut Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi dalam mendapatkan perkhidmatan 5G.

Ini kerana kerajaan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan firma yang bertanggungjawab terhadap rangkaian 5G di Malaysia telah menetapkan kos kemudahan tersebut harus efektif agar tidak membebankan pengguna.

Jika setiap syarikat telekomunikasi membangunkan infrastruktur sendiri, ia mengakibatkan kesan terhadap kos pelaksanaan dan sekali gus menjadi kurang efisien atau harga tidak mampu milik kepada pengguna.

Tambahnya lagi, model MOCN yang dikendalikan DNB ini menekankan tentang ‘one single owner’ supaya perkhidmatan diberi lebih efisien dan mampu mengurangkan kos harga.

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut akan terus memainkan peranan sebagai badan pengawal selia agar tiada pihak perlu risau isu ketelusan dan lain-lain.

Sebelum ini pun, DNB pernah memaklumkan bahawa mereka akan telus dengan memaparkan kepada umum harga jualan kos data 5G yang ditawarkan terhadap syarikat perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 100Mbps

  • Rangkaian 5G Malaysia Bermula Hari Ini Di Tiga Kawasan

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY