Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix 2025_1

Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh Amalina Athman

Netflix bakal tampil dengan wajah baharu di skrin televisyen (TV) pengguna, yang bakal dilancarkan secara global dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.

Berikut merupakan antara perubahan menarik yang akan diperkenalkan pada Netflix di TV, serta penambahbaikan untuk peranti mudah alih.

Antara muka baharu

Netflix 2025_7
Netflix 2025_6

Halaman utama baharu kelak akan mempunyai antara muka yang bersih (clean) dan moden, yang menggambarkan pengalaman lebih baik untuk pengguna Netflix.

Temui kandungan Netflix lebih mudah

Netflix kini meletakkan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan tontonan di bahagian paling utama.

Netflix 2025_2
Sebelum
Netflix 2025_3
Selepas

Dengan cara ini, pengguna boleh melihat label – contohnya seperti “Pemenang Anugerah Emmy” atau “#1 dalam Rancangan TV”, tanpa perlu klik setiap judul kandungan terlebih dahulu.

Pintasan

Sebelum ini, shortcut atau pintasan ke “Search” dan “My List” agak tersembunyi di sebelah kiri. Tidak lama lagi, Netflix akan memindahkannya ke bahagian atas halaman supaya ia lebih jelas dan mudah diakses.

Netflix 2025_4

Cadangan (recommendation) 

Netflix menjadikan cadangan di halaman utama lebih responsif terhadap mood dan minat pengguna pada masa (realtime) tersebut.

Netflix 2025_5

Halaman utama di TV bukanlah satu-satunya yang mendapat kemas kini. Sebaliknya, syarikat itu turut menguji cara baharu yang lebih menarik untuk pengguna melayari Netflix di telefon mudah alih.

Paparan menegak ala-TikTok

Dalam beberapa minggu akan datang, Netflix akan menguji paparan menegak seakan TikTok, yang dipenuhi dengan klip daripada rancangan dan filem Netflix untuk memudahkan proses penemuan kandungan.

Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Daripada klip video tersebut, pengguna boleh menonton keseluruhan rancangan atau filem, menambah ke “My List” atau berkongsi dengan rakan.

Butang kawalan terletak di sudut bawah kanan skrin, sama seperti pada TikTok.

Carian yang dikuasakan AI Generatif

Netflix juga sedang meneroka ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) Generatif, bermula dengan ciri carian di iOS yang diperkenalkan sebagai versi beta kecil dengan pilihan untuk menyertainya.

Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Dengan ciri ini kelak, pengguna boleh mencari rancangan dan filem menggunakan frasa perbualan dan lebih semula jadi seperti “Saya mahu sesuatu yang lucu dan ceria”.

Bagi mengetahui selanjutnya, lihat video di bawah.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Netflix Akhirnya Benarkan Pengguna iOS Muat Turun Semusim Dengan Satu Klik
  • Keuntungan Netflix Meningkat Selepas Naikkan Harga Langganan
  • Netflix Perkenal Pilihan Sari Kata Hanya Untuk Dialog

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY