Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Malaysia

Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember

Diterbitkan November 18, 2025 · Dikemas kini November 18, 2025 oleh Amalina Athman

Disney kini mengumumkan pelan harga baharu untuk langganan Disney+ di Malaysia.

Bermula 18 Disember 2025, pelan Disney+ Basic akan berharga RM29.90 sebulan. Pelan Disney+ Premium pula ditetapkan pada RM49.90 sebulan atau RM99.90 untuk 3 bulan. Perubahan ini melibatkan kenaikan antara RM5 hingga RM20 bergantung pada jenis pelan.

Walau bagaimanapun, harga langganan tahunan kekal tidak berubah iaitu RM214.90 untuk Disney+ Basic dan RM289.90 untuk Disney+ Premium.

 

Disney+ naik harga 2025_1
harga baharu
harga lama Disney+
harga lama

Bagi langganan yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa, pengguna akan melihat perubahan harga dalam kitaran pengebilan pada atau selepas 18 Disember 2025. Jika kitaran pengebilan berakhir sebelum tarikh tersebut tetapi pembayaran hanya berjaya diproses pada atau selepas 18 Disember 2025, harga baharu tetap akan dikenakan.

Untuk langganan pelan melalui platform rakan kongsi, harga yang ditawarkan mungkin berbeza. Segala urusan pengebilan dan pengurusan akaun termasuk pembatalan akan mengikut prosedur pihak ketiga berkenaan.

Untuk butiran lanjut, layari laman Disney+.

Berkaitan

  • HBO Max, Viu Bakal Lancar Pakej Baharu - Dua Platform, Satu Harga
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Astro Tawar Promosi Cuti Hujung Tahun - RM69.99/Bulan Dengan Disney+, Pek Kanak-Kanak Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY