Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Sora OpenAI

Disney Labur $1 Bilion Dalam OpenAI – Lebih 200 Watak Kelak Boleh Diguna Dalam Sora

Diterbitkan Disember 12, 2025 ยท Dikemas kini Disember 12, 2025 oleh Amalina Athman

The Walt Disney Company mengumumkan kerjasama dengan OpenAI yang membolehkan lebih 200 watak daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars digunakan dalam video generatif AI melalui platform Sora pada awal 2026.

Disney Labur  Bilion Dalam OpenAI – Lebih 200 Watak Kelak Boleh Diguna Dalam Sora

Di bawah perjanjian pelesenan selama tiga tahun itu, pengguna Sora akan dapat menghasilkan video pendek menggunakan watak, kostum, prop dan persekitaran daripada pelbagai francais Disney hanya dengan arahan teks. Bagi pengguna ChatGPT, imej berdasarkan watak yang sama turut boleh dijana melalui ciri ChatGPT Images.

Antara watak yang boleh digunakan termasuk Mickey Mouse, Ariel, Simba, Iron Man, Captain America, Thor, Yoda, Luke Skywalker, Frozen, Moana, Cinderella, Monsters Inc., Zootopia dan banyak lagi daripada pelbagai judul popular. Namun, pelesenan ini tidak melibatkan suara atau rupa pelakon sebenar, sebaliknya hanya penggunaan watak dan elemen dalam dunia fiksyen Disney.

Disney turut memaklumkan bahawa sebahagian kandungan yang dihasilkan pengguna akan dipilih dan diterbitkan di Disney+, menjadikannya salah satu langkah besar syarikat itu dalam membawa kandungan ‘fan-made’ ke platform rasmi.

Selain pelesenan kandungan, Disney juga akan menjadi pelanggan utama OpenAI dengan menggunakan API syarikat itu untuk membangunkan produk, alat dan pengalaman baharu, termasuk ciri yang akan diintegrasikan dalam Disney+. Disney juga akan menggunakan ChatGPT bagi kegunaan dalaman.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Disney akan melabur $1 bilion (~RM4.1 bilion) dalam OpenAI dan turut mendapat hak untuk membeli saham tambahan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • OpenAI Perkenal Aplikasi Sora Untuk Android
  • Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember
  • Mod Suara ChatGPT Kini Boleh Diakses Terus Dalam Sembang
  • Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY