Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Netflix Bakal Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Aplikasi Mudah Alih

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 22, 2026 oleh Amalina Athman

Memandangkan YouTube, TikTok dan Instagram terus menguasai tontonan di telefon, Netflix kini menilai semula bagaimana aplikasinya boleh menyesuaikan diri dalam landskap video berteraskan sosial.

Dalam panggilan laporan kewangan suku keempat 2025 (Q4 2025), syarikat itu mengumumkan rancangan untuk merombak aplikasi mudah alihnya, serta mengembangkan ciri video pendek, yang boleh membantu mempromosikan barisan video pod siar (podcast) ‘original’ baharu.

Menurut CEO bersama Netflix, Greg Peters, aplikasi Netflix yang direka semula itu dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini.

“Sebenarnya, ini adalah sebahagian daripada peningkatan pengalaman mudah alih kami yang lebih luas. Sama seperti yang anda lihat pada UI (antara muka) TV baharu, kami sedang membangunkan UI mudah alih baharu yang akan lebih menyokong pengembangan perniagaan kami untuk dekad akan datang. Ia dijadualkan dilancarkan lewat 2026 dan, sama seperti UI TV kami, ia akan menjadi titik permulaan,” katanya.

Antara tumpuan utama rombakan ini ialah integrasi suapan video menegak, yang telah diuji Netflix sejak Mei tahun lalu. Suapan ini memaparkan klip pendek daripada rancangan dan filem Netflix, dalam format yang cukup sinonim dengan pengalaman pengguna TikTok serta Instagram Reels.

Kemas kini ini juga akan menjadi asas untuk Netflix terus bereksperimen, termasuk mengulang, menguji, mengembangkan dan menambah baik penawarannya dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
  • Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros - Termasuk HBO, HBO Max
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Netflix Jadi Platform Eksklusif Penstriman Filem Sony Pictures Selepas Tayangan Pawagam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY