Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+_featured image

Disney Akan Sekat Kongsi Kata Laluan ‘Dengan Serius’ Bermula September

Diterbitkan Ogos 8, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

Disney tidak lama lagi akan menghalang perkongsian kata laluan perkhidmatan penstriman Disney+ dengan pengguna di luar isi rumah. Semasa panggilan pendapatan pada Rabu, CEO Disney Bob Iger berkata tindakan keras itu akan bermula “dengan serius” pada September ini.

Untuk rekod, Disney sebenarnya telah bercakap tentang tindakan keras terhadap perkongsian kata laluan sejak September tahun lalu, tetapi garis masa agak mengelirukan.

Syarikat itu dilaporkan akan menyekat perkongsian akaun di Kanada bermula November 2023. Ia kemudian berkata sekatan perkongsian kata laluan akan bermula di beberapa pasaran bermula Jun sebelum diperluaskan kepada semua pengguna pada September.

Kini, usaha syarikat itu nampaknya lebih serius dengan sekali lagi mengulangi bahawa sekatan perkongsian kata laluan akan bermula bulan depan.

Seperti Netflix, Disney merancang untuk membenarkan pemegang akaun menambah pengguna di luar isi rumah dengan yuran tambahan, tetapi masih belum dikongsikan butiran mengenai kosnya.

Selain sekatan ini, Disney pada Mac telah menaikkan harga langganan untuk perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar di Malaysia. Dengan pelaksanaan sekatan perkongsian kata laluan yang akan diperluaskan kelak, dijangkakan pengguna di Malaysia akan turut terkesan.

Berkaitan

  • Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga
  • Harga Langganan Astro Dengan Naik Taraf Pelan Premium Disney+ Hotstar Kekal
  • Disney+ Akan Halang Perkongsian Kata Laluan Mulai Jun
  • Unifi Naik Taraf Langganan Disney+ Hotstar Tanpa Kos Tambahan, Tapi Ada Tempoh

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY