Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Akan Mula Sekat Perkongsian Akaun Pada November

Disney+ Akan Mula Sekat Perkongsian Akaun Pada November

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh Amalina Athman

CEO Disney Bob Iger pada awal bulan lepas telah mengumumkan perkhidmatan penstriman Disney+ akan melaksanakan polisi sekatan perkongsian akaun, iaitu seperti yang sama dilakukan Netflix.

Kini, Disney+ dilaporkan akan mula menyekat perkongsian akaun bermula 1 November 2023, bagi pengguna di Kanada.

Berkaitan

  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Ikut Jejak Netflix, Disney+ Sudah Bagi Jangkaan Bila Akan Sekat Perkongsian Akaun

Mengikut laporan, Disney telah mula menghantar e-mel kepada pelanggan Disney+ di Kanada bagi memaklumkan perubahan tersebut.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut yang diberikan mengenai pelaksanaan polisi itu. Menurut Disney,

We’re implementing restrictions on your ability to share your account or login credentials outside of your household. You may not share your subscription outside of your household.

Sebagai tambahan, bahagian “perkongsian akaun” dalam perjanjian pelanggan Kanada juga menyatakan bahawa syarikat itu mungkin menganalisis penggunaan akaun dan kegagalan mematuhi perjanjian itu boleh membawa kepada had atau penamatan akaun.

Disney subs

Terdahulu, Iger menyatakan Disney akan melaksanakan sekatan perkongsian akaun bermula 2024, tetapi nampaknya tindakan itu diambil lebih awal bagi pengguna di Kanada.

Buat masa ini, belum diketahui bila perubahan itu akan dikuatkuasakan untuk pasaran lain. Namun, cepat atau lambat, ia pasti akan dilaksanakan juga.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY