Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
disney+

Ikut Jejak Netflix, Disney+ Sudah Bagi Jangkaan Bila Akan Sekat Perkongsian Akaun

Diterbitkan Ogos 10, 2023 · Dikemas kini Ogos 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

CEO Disney Bob Iger beberapa jam lalu berkata Disney+ akan melaksanakan polisi yang akan menyekat perkongsian akaun dan ia dijangka akan dilaksanakan pada 2024. Ya, ini sama seperti dilakukan Netflix.

Berkaitan

  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Netflix Sahkan Lagi Ramai Yang Daftar Berbanding Batalkan Langganan Selepas Polisi Baru
  • Cara Log Keluar Akaun Netflix Di Televisyen Jika Tiada Pintasan 'Sign Out'

Katanya, mereka sedang giat mencari jalan untuk menyelesaikan hal perkongsian akaun ini waktu ini.

disney+ hotstar malaysia

Selain itu, Bob Iger juga mengesahkan bahawa Disney+ itu akan mengemas kini perjanjian dengan pelanggan dengan syarat tambahan dan polisi berkenaan perkongsian.

“Later this year, we will begin to update our subscriber agreements with additional terms and our sharing policies. And we will roll out tactics to drive monetization sometime in 2024.” – Bob Iger

Selepas menguar-uarkannya pada pengguna kelak, polisi tersebut akan dijalankan mulai 2024 namun tidak terperinci tarikhnya. Januari? Mac? Jun? Wallahua’lam.

Ini bermakna dalam 2024, pelanggan dari beberapa negara tidak lagi dibenarkan berkongsi akaun.

Dalam waktu sama, Bob Iger turut menyenaraikan Disney+ sebagai antara 3 keutamaan utama untuk pertumbuhan syarikat Disney selain studio filem dan taman tema mereka.

disney 100

Terdahulu, Bob Iger mengakui salah satu cara untuk kurangkan perbelanjaan Disney adalah dengan mengurangkan bajet untuk produksi Marvel dan Star Wars.

Terima kasih Netflix atas jasa menjadi perintis “antiperkongsi akaun” dalam arena penstriman.

Sumber: Disney World, CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY