Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spec iphone 14_2

Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Siri iPhone 14

Diterbitkan September 5, 2022 · Dikemas kini September 5, 2022 oleh Amalina Athman

Menjelang acara pengenalan barisan iPhone terbaharu tidak lama lagi, laporan terkini mendedahkan perincian mengenai spesifikasi siri iPhone 14. Didakwa tertiris, spesifikasi penuh iPhone 14 mula berlegar di rangkaian sosial media di China.

Berdasarkan imej yang dimuat naik, ia memperlihatkan reka bentuk empat peranti di bawah siri iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bersama spesifikasi penuh.

Berkaitan

  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar
  • Didakwa Sarung Pelindung iPhone 14 Pro, Perlihatkan Diameter Lensa Lebih Besar

Melalui imej berkenaan, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hadir dengan kamera utama 48MP seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Antara spesifikasi lainnya termasuk sokongan cip A16 Bionic bersama gandingan 6GB RAM LPDDR5.

spec iphone 14

Menariknya, seperti ura-ura sebelumnya, dinyatakan kedua-dua model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hadir dengan storan permulaan 256GB hingga 1TB.

Selain itu, iPhone 14 Plus dan iPhone 14 Pro Max mempunyai saiz bateri yang hampir sama dengan masing-masing dimuatkan kapasiti 4,325mAh dan 4,323mAh. Sementara iPhone 14 dan iPhone 14 Pro masing-masing dengan bateri bersaiz 3,279mAh dan 3,200mAh.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan sejauh mana kesahihan mengenai imej yang tertiris. Sudah pasti semuanya akan terjawab melalui acara Apple yang akan berlangsung pada 8 September, 1 pagi mengikut waktu tempatan nanti.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY