Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad SIM_

Daftar Kad SIM Prabayar Guna MyDigital ID Menjelang Hujung Tahun Ini

Diterbitkan September 10, 2025 ยท Dikemas kini September 10, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan bakal melaksanakan penggunaan MyDigital ID bagi proses pendaftaran kad SIM prabayar bermula hujung tahun ini, dijangka sekitar November atau Disember.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah ini bagi memperkukuh aspek keselamatan, termasuk dari segi pengesahan umur di platform media sosial.

Dalam mesyuarat MED4IR (Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat) yang telah berlangsung semalam, ada dibincangkan aspek pendaftaran kad SIM. Syarikat telekomunikasi akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran bagi kad SIM prabayar akan mengguna pakai pendaftaran MyDigital ID.

Beliau menambah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengeluarkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahmi berkata kerajaan juga akan menilai beberapa aspek, termasuk had bilangan kad SIM yang boleh didaftarkan di bawah satu nama.

Ketika ini, seorang pengguna difahamkan boleh memiliki sehingga lima nombor bagi kad SIM prabayar.

Langkah baharu ini dijangka dapat menutup kelompangan sedia ada, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna media sosial.

Berkaitan

  • Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID
  • RMK13: MyDigital ID Sebagai Kunci Pengesahan Identiti Digital Tunggal
  • Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Apple Mulakan Trend Global: iPhone 17 Air Hanya Sokong eSIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY