Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

RMK13: MyDigital ID Sebagai Kunci Pengesahan Identiti Digital Tunggal

Diterbitkan Julai 31, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech.

Susulan pengumuman itu, MyDigital ID menyambut baik saranan Perdana Menteri dan menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah memperkasa digitalisasi negara.

Menurut MyDigital ID, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian yang merangkumi agensi kerajaan dan swasta telah diintegrasikan setakat ini. Jumlah ini dijangka terus meningkat seiring pelaksanaan berperingkat di seluruh negara.

Aspek keselamatan juga diberi keutamaan, dengan sistem tidak menyimpan data biometrik. Pengesahan identiti pula dibuat secara langsung melalui pangkalan data kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berkaitan

  • Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID
  • KDN Cadang Guna MyDigital ID Untuk Urusan Saman Trafik
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID
  • RMK13: Kerajaan Sasar 98% Liputan 5G Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY