Baru-baru ni, ada kenalan saya yang beli tablet “baru” bawah RM500. Biasanya, tiada jenama atau jenama yang kita tidak kenal langsung. Spesifikasi di iklan memang gempak konon boleh main game berat, multitasking macam PC.
Lepas beberapa minggu, dia mula mengeluh. Skrin silau, mata cepat letih. Aplikasi asyik hang bila buka lebih dari satu. Bateri pula tidak sampai setengah hari sudah habis. Sekarang tablet itu cuma hiasan dan tidak dibuka langsung.
Setiap tahun, ada saja tablet tanpa jenama jelas yang dijual murah tetapi menjanjikan bulan dan bintang. Hakikatnya, teknologi bukan sekadar nombor di atas kertas. Yang penting ialah pengalaman sebenar semasa digunakan.
Kalau anda sedang mencari tablet yang betul-betul memenuhi janji, ini model yang semakin menjadi bualan ramai. HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Tablet ini direka untuk menjadi rakan kerja, rakan belajar, dan rakan hiburan yang boleh diharap pada harga mampu milik.
Produktiviti Umpama PC
Tablet ini memberikan pengalaman bekerja seperti menggunakan komputer riba. Ia dilengkapi dengan papan kekunci pintar yang boleh ditanggalkan dan disambungkan secara magnetik.
Reka bentuk yang ringan memudahkan anda bertukar antara mod laptop atau tablet mengikut keperluan. Papan kekunci ini sudah disertakan dalam kotak jadi tidak perlu berbelanja lebih untuk aksesori tambahan.
Untuk pelajar, pekerja jarak jauh atau sesiapa yang banyak menaip, ini adalah ciri yang akan digunakan setiap hari.
Pengalaman WPS Office Setaraf Desktop
Bukan sekadar papan kekunci, tablet ini hadir dengan PC-Level WPS Office. Antara muka dan pengalaman penggunaan hampir sama seperti versi desktop.
Anda boleh menghasilkan dokumen Word, membuat pembentangan PowerPoint atau menguruskan lembaran kerja spreadsheet dengan selesa.
Jadi, anda tidak akan berasa kekok pun semasa menggunakan aplikasi ini di tablet. Tiada limitasi dari segi ciri-ciri yang ditawarkan.
Ia juga menyokong anotasi PDF dan tandatangan elektronik. Fungsi multi-window membolehkan anda membuka dua aplikasi terapung dan dua aplikasi skrin sebelah menyebelah serentak. Semua ini menjadikan kerja di tablet ini benar-benar lancar.
Paparan Mesra Mata Tanpa Silau
Satu lagi ciri yang membezakan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 adalah paparan PaperMatte. Teknologi circular polarization menjadikan paparan terasa seperti cahaya semula jadi.
Ini mengurangkan silau dan ketegangan mata walaupun digunakan dalam tempoh yang lama. Skrin ini telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light tanpa flicker, SGS Gold Standard 2.0 dan TÜV Rheinland Circular Polarization.
Jika anda banyak membaca, menonton video atau bekerja di bawah cahaya terang, perbezaannya jelas terasa.
Nota Pintar dan Stylus Responsif
Menulis nota di HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 terasa seperti menulis di atas kertas sebenar. Dilengkapi dengan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, pengalaman menulis dan melukis menjadi lebih responsif dan tepat.
Anda boleh memilih daripada lebih 300 pelekat, 120 reka bentuk muka hadapan nota dan 50 template kertas.
Fungsi AI handwriting enhance membantu menjadikan tulisan tangan lebih kemas. Nota juga boleh diselitkan dengan gambar, audio dan teks dalam satu halaman.
Reka Bentuk Ringan dan Bateri Tahan Lama
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 dibina dengan rekaan unibody logam yang hanya setebal 6.1mm dan seberat 515g. Ia mudah dibawa ke mana sahaja.
Bateri berkapasiti 10,100mAh membolehkan sehingga 13 jam main balik video. Dengan pengecasan pantas 40W SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar melalui sambungan magnetik, anda tidak perlu risau jika perlu bekerja di luar.
GoPaint – Studio Seni Digital Percuma

Untuk yang suka berkarya, aplikasi GoPaint sudah siap dipasang. Ia menawarkan pelbagai jenis berus seperti watercolor, pensil dan marker dengan tekstur yang realistik.
Semua ciri ini boleh digunakan secara percuma tanpa anda perlu membeli atau membuat langganan.
Kenapa Tablet Ini Patut Jadi Pilihan Anda
Tidak semua tablet mampu memberi pengalaman yang dijanjikan di iklan. HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 membuktikan bahawa tablet boleh menjadi alat kerja dan hiburan yang serius pada harga yang berpatutan.
Dari produktiviti setanding PC, paparan mesra mata, stylus responsif, reka bentuk premium sehinggalah kepada ketahanan bateri, ia adalah pakej lengkap.
Harga RM1,599. Prapesan sekarang dan dapatkan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga dan PC-Level WPS bernilai RM698 secara percuma.
Beli HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 di:
HUAWEI Store – https://tinyurl.com/ysmpadk7
Shopee – https://tinyurl.com/ydncxeas
Lazada – https://tinyurl.com/mzffj6bd
TikTok – https://tinyurl.com/2twexjpn
*Artikel ini dibawakan oleh HUAWEI Malaysia