Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Premium_1

Ciri Baharu Telegram Tawar Akses Premium Percuma, Tapi Ada ‘Harga’ Perlu Dibayar

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh Amalina Athman

Telegram telah melancarkan program yang membolehkan pengguna di beberapa negara mendapatkan akses Premium bulanan secara percuma, tetapi ada ‘harga’ lain yang perlu dibayar.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • 3 Ciri Baharu Telegram Kini Tersedia
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Program yang dipanggil Log Masuk Peer-to-Peer (P2PL) memperlihat Telegram akan menggunakan nombor telefon pengguna sebagai perantara atau penyampai untuk menghantar kod pengesahan (OTP) kepada sesama pengguna melalui SMS.

Dalam erti kata lain, pengguna yang menyertai program P2PL akan menawarkan nombor telefon mereka secara sukarela untuk digunakan sebagai perantara bagi menghantar kod log masuk SMS, sebagai pertukaran untuk langganan Telegram Premium. Syarat Perkhidmatan menunjukkan bahawa program ini hanya tersedia untuk pengguna Android.

‘Harga’ yang perlu dibayar

Telegram mengatakan ia akan menggunakan nombor telefon pengguna untuk menghantar maksimum 150 OTP melalui SMS setiap bulan. Apabila pengguna mencapai kuota minimum, Telegram akan memberi ganjaran dengan kod hadiah boleh pindah yang memberikan akses kepada langganan Telegram Premium bulanan.

Namun begitu, pengguna perlu menanggung sebarang caj SMS yang mungkin dikenakan daripada penyedia atau pembekal perkhidmatan telekomunikasi, termasuk caj SMS antarabangsa.

Sebagai tambahan, Telegram menyatakan penerima OTP boleh melihat nombor telefon anda apabila menerima SMS.

Ciri Baharu Telegram Tawar Akses Premium Percuma, Tapi Ada ‘Harga’ Perlu Dibayar
Kredit: saluran TG Info English

Dengan itu, pengguna yang menyertai program P2PL perlu mempertimbangkan segala risiko dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Tambahan lagi, Telegram mengingatkan pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan atau bahaya oleh penerima yang mengetahui nombor telefon anda melalui P2PL.

Sumber: Telegram, via Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY