Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT wiser.my

Ciri Kongsi Projek ChatGPT Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI mengumumkan bahawa ciri perkongsian projek kini tersedia untuk semua pengguna ChatGPT, termasuk pengguna pelan Free, Plus, Pro dan Go sama ada melalui web, iOS atau Android.

Shared Project ChatGPT_2

Melalui ciri ini, ChatGPT akan menggunakan semua maklumat yang terdapat dalam projek yang dikongsi seperti perbualan, fail yang dimuat naik dan arahan tersuai untuk menghasilkan jawapan yang berpandukan maklumat dalaman kumpulan tersebut.

Ia juga membolehkan pengguna menyambung semula kerja daripada titik terakhir yang ditinggalkan oleh ahli lain.

Sebelum ini, ciri ini hanya ditawarkan kepada pengguna pelan Business, Enterprise dan Edu sahaja.

Shared Projects are expanding to Free, Plus, and Pro users.

Invite others to work together in ChatGPT using shared chats, files, and instructions all in one place. pic.twitter.com/AqeaPGggqj

— OpenAI (@OpenAI) October 23, 2025

Dengan kemas kini terbaru, semua pengguna kini boleh bekerjasama dengan lebih mudah dalam satu ruang yang sama, sama ada untuk menyiapkan tugasan berkumpulan, menghasilkan kandungan bersama atau mengurus laporan dan data penyelidikan secara teratur.

Bagi had kerjasama, OpenAI menetapkan seperti berikut:

  • Pengguna Pro – sehingga 40 fail dan 100 rakan kerjasama.
  • Pengguna Plus dan Go – sehingga 25 fail dan 10 rakan kerjasama.
  • Pengguna Free – sehingga 5 fail dan 5 rakan kerjasama.

Pemilik projek boleh memilih untuk berkongsi projek sama ada dengan “Hanya individu yang dijemput” atau “Sesiapa yang mempunyai pautan”.

Shared Project ChatGPT_3

Tetapan ini juga boleh diubah pada bila-bila masa, termasuk menukar semula kepada mod jemputan sahaja.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Perkenal Sora - Aplikasi Video AI Mirip TikTok
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan
  • OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri - ChatGPT Atlas
  • Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY