Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI mengumumkan bahawa sokongan ChatGPT melalui WhatsApp akan dihentikan selepas 15 Januari 2026.

Menurut kenyataan OpenAI, keputusan itu dibuat berikutan perubahan polisi dan terma daripada pihak Meta.

Sebagai alternatif, pengguna masih boleh meneruskan perbualan melalui ChatGPT yang tersedia di iOS, Android, web, dan ChatGPT Atlas di MacOS. Di platform ini, pengguna juga boleh menikmati ciri tambahan seperti perbualan suara, penyelidikan mendalam dan muat naik fail.

Meta changed its policies so 1-800-ChatGPT won't work on WhatsApp after Jan 15, 2026.

Luckily we have an app, website, and browser you can use instead to access ChatGPT.

— OpenAI (@OpenAI) October 22, 2025

Bagi memastikan sejarah perbualan WhatsApp tidak hilang, OpenAI menggalakkan pengguna untuk memautkan akaun ChatGPT dengan WhatsApp sebelum tarikh akhir. Setelah dipautkan, nombor telefon akan disambungkan dengan akaun ChatGPT, dan perbualan terdahulu akan muncul dalam sejarah ChatGPT.

ChatGPT akan terus tersedia di WhatsApp sehingga 15 Januari 2026, dan OpenAI akan menghantar peringatan dari semasa ke semasa bagi memudahkan peralihan pengguna.

Berkaitan

  • ChatGPT Kini Boleh Digunakan Melalui WhatsApp
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Sahkan Kerjasama Dengan Broadcom, Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY