Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri – ChatGPT Atlas

OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri – ChatGPT Atlas

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan ChatGPT Atlas, sebuah pelayar web berasaskan AI yang dilengkapi dengan integrasi ChatGPT.

Melalui sidebar “Ask ChatGPT”, pengguna boleh bertanya soalan terus kepada ChatGPT tanpa perlu membuka laman atau aplikasi berasingan.

Ciri ini membolehkan ChatGPT memberi ringkasan halaman, membandingkan produk, menjawab soalan tentang kandungan laman, serta menyunting dan menyemak kod.

ChatGPT Atlas_2

Atlas turut dilengkapi ‘memori’ pelayar bagi tujuan penyesuaian peribadi, yang membolehkan sistem mempelajari corak penggunaan dari semasa ke semasa.

Untuk carian, pelayar ini akan memaparkan jawapan berasaskan ChatGPT terlebih dahulu, namun pengguna masih boleh mengakses hasil carian tradisional, imej dan pilihan lain melalui tab akses pantas. Ruangan sisi ChatGPT pula kekal terbuka semasa pengguna melayari web.

Dalam mod ejen (agent mode), ChatGPT boleh melakukan tugasan bagi pihak pengguna terus dalam Atlas, seperti membuat penyelidikan, merancang acara atau mengautomasikan tugasan, bergantung pada laman yang sedang dilayari.

ChatGPT Atlas_3

Atlas turut menyertakan ciri asas pelayar seperti tab, penanda buku, sejarah pelayaran, dan integrasi kata laluan, dengan reka bentuk yang ringkas dan menyerupai pelayar seperti Safari atau Chrome.

Meet our new browser—ChatGPT Atlas.

Available today on macOS: https://t.co/UFKSQXvwHT pic.twitter.com/AakZyUk2BV

— OpenAI (@OpenAI) October 21, 2025

Ketersediaan

ChatGPT Atlas tersedia untuk pengguna macOS di seluruh dunia bermula hari ini, meliputi pelan Free, Plus, Pro dan Go. Versi beta turut tersedia untuk pengguna Business, serta Enterprise dan Edu jika diaktifkan oleh pentadbir pelan masing-masing.

Sokongan untuk versi Windows, iOS dan Android akan dilancarkan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, ciri “agent mode” buat masa ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan ChatGPT Plus dan Pro.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • OpenAI Perkenal Sora - Aplikasi Video AI Mirip TikTok
  • OpenAI Sahkan Kerjasama Dengan Broadcom, Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri
  • Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY