Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT

ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan

Posted on Oktober 9, 2025

OpenAI kini memperkenalkan ChatGPT Go, pelan langganan baharu dengan harga lebih rendah yang kini rasmi tersedia di Malaysia.

Langganan ini menawarkan akses diperluas kepada ciri popular ChatGPT termasuk GPT-5, dengan lebih banyak mesej, muat naik fail, penjanaan imej, dan keupayaan analisis data lanjutan di mana semuanya pada harga lebih mampu milik, iaitu RM38.99/bulan.

ChatGPT Go dibangunkan untuk pengguna yang mahukan pengalaman penuh ChatGPT tanpa perlu membayar harga pelan Plus atau Pro. Melalui langganan ini, pengguna boleh menikmati GPT-5 Thinking Mode, di mana model secara automatik memilih bila perlu menggunakan keupayaan penaakulan lebih mendalam untuk menjawab soalan dengan lebih tepat.

Selain itu, pengguna juga mendapat akses kepada projek, tugasan, dan Custom GPTs, membolehkan mereka mencipta dan menyesuaikan AI mengikut keperluan kerja atau peribadi. Pelan ini turut menawarkan memori lebih panjang, menjadikan perbualan lebih peribadi dan berterusan.

Menurut OpenAI, ChatGPT Go disediakan secara berperingkat kepada pengguna di negara terpilih di Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam.

Walaupun pelan ini tidak termasuk penggunaan API, Sora, atau connectors, ia memberi peluang kepada lebih ramai pengguna menikmati ciri-ciri canggih ChatGPT pada kadar mampu milik.

Langganan boleh diaktifkan terus melalui aplikasi ChatGPT dengan memilih Upgrade Plan → Try Go. Semua pembelian boleh dibatalkan pada bila-bila masa, dan pengguna juga boleh mengurus bil atau invois terus dalam tetapan akaun.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress