Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Circle to Search_

Circle to Search Kini Hadir Dengan Dua Penambahbaikan

Diterbitkan Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Pada acara Samsung Unpacked 2025 awal pagi tadi, Google mengumumkan bahawa Circle to Search akan dikemas kini bagi memudahkan pengguna mencari maklumat dan menyelesaikan tugas.

Ciri ini, yang dilancarkan tahun lalu, membolehkan pengguna mencari maklumat dengan menggunakan gerakan seperti bulatan, contengan atau klik sahaja pada sekitar skrin tanpa perlu beralih aplikasi.

Kini, Google memperkenalkan dua penambahbaikan yang menjadikan Circle to Search lebih berguna.

Pertama, Circle to Search kini boleh mengenal pasti nombor telefon, alamat e-mel dan URL dengan lebih pantas. Seterusnya, ia membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar e-mel atau membuka laman web.

Circle to Search_
Circle to Search_2

Bagi penambahbaikan kedua, Google kini memperluaskan AI Overviews kepada lebih banyak hasil carian visual untuk tempat, imej popular, objek unik dan banyak lagi.

Circle to Search Kini Hadir Dengan Dua Penambahbaikan

Sebagai contoh, sekiranya melihat karya seni yang menarik di muzium, pengguna hanya perlu bulatkan untuk mendapatkan maklumat berguna mengenai karya tersebut, besama pautan yang membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Ciri baharu ini dilancarkan pada semua peranti Android, di mana AI Overviews tersedia.

Berkaitan

  • Google 'Circle to Search' Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna Nothing Mula Terima Ciri 'Circle To Search', Ini Cara Aktifkannya
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Sumber: The Keyword Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY