Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
circle to search

Google ‘Circle to Search’ Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam

Diterbitkan September 4, 2024 · Dikemas kini September 4, 2024 oleh Amalina Athman

Google awal tahun ini telah memperkenalkan ciri Circle to Search, membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

Terbaharu, Google kini melancarkan ciri carian lagu dengan Circle to Search – seakan aplikasi Shazam.

Menerusi ciri ini, ia membolehkan pengguna membuat carian serta-merta lagu yang didengari tanpa perlu menukar aplikasi.

Google ‘Circle to Search’ Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam

Sama ada lagu yang dimainkan di media sosial daripada telefon atau muzik yang dimainkan daripada pembesar suara berhampiran, pengguna cuma perlu tekan lama (hold) butang Home atau bar navigasi untuk mengaktifkan Circle to Search.

Kemudian, klik butang muzik untuk mengenal pasti nama lagu dan artis. Pautan video YouTube turut disertakan jika pengguna ingin mengetahuinya lebih lanjut.

Selain Music Search, Google juga mengumumkan beberapa ciri baharu, termasuk menggunakan Circle to Search untuk mengimbas kod QR pada skrin tanpa beralih aplikasi.

❌ Hard Mode: Screenshotting a QR code → going to photos → scanning QR code → tapping to open.

✅ Easy Mode: Using Circle to Search to scan QR and barcodes on your screen without switching apps.

— Android (@Android) September 3, 2024

Berkaitan

  • Google Perkenal Ciri 'Circle To Search' - Buat Carian Tanpa Bertukar Aplikasi
  • Ini Senarai Telefon Yang Terima Ciri Google 'Circle To Search'
  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya
  • Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma
  • Google Lancar Aplikasi Khas Untuk Mudahkan Akses Kepada Perkhidmatannya Di PC

Sumber: The Keyword Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY