Google Perkenal Ciri 'Circle To Search' - Buat Carian Tanpa Bertukar Aplikasi

Ketika ini, pengguna mungkin rasa terganggu apabila perlu bertukar aplikasi bagi mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu imej, item atau topik yang terpapar pada aplikasi.

Kini, Google memperkenal cara baharu untuk membuat apa sahaja carian pada telefon dengan gerak isyarat yang mudah tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

{suggest}

Melalui 'Circle to Search', pengguna boleh memilih mengenai apa sahaja yang terpapar pada aplikasi di telefon pintar dengan cara membulatkan, highlight, conteng atau tekan - untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tanpa perlu bertukar aplikasi.

Sebagai contoh, mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengenal pasti beberapa item yang dipakai oleh pencipta kandungan di TikTok atau Instagram.



Untuk mengaktifkan ciri ini, hanya perlu tekan lama pada butang Home atau bar navigasi pada telefon Android. Seterusnya, pilih mana-mana item untuk mencari pilihan yang serupa - seperti membulatkan cermin mata, menconteng beg tangan atau tap pada kasut. Setelah selesai, hanya perlu swipe ke bawah.

Dalam situasi lain, pengguna mungkin ingin bertanya soalan yang lebih kompleks tentang topik yang dilihat pada skrin telefon. Katakan ketika melayari media sosial, cromboloni atau corndog terpapar pada skrin.



Melalui multisearch, pengguna boleh melakukan carian dengan teks dan imej pada masa yang sama. Sebagai contoh, bulatkan imej cromboloni atau corndog dan masukkan teks seperti "mengapa ia begitu popular?". Antara lainnya, gariskan teks yang terpapar pada video atau imej dan buat carian lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=WdbeqSQjZI8

Ciri Circle to Search akan tersedia pada 31 Januari 2024 untuk peranti Android premium terpilih, termasuk Pixel 8, Pixel 8 Pro dan siri Samsung Galaxy S24.

Sumber: Google

Beli siri Samsung Galaxy S24 di:

Lazada - https://invol.co/clkll9r

Shopee - https://invl.io/clkllaj