Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (2a) Lulus SIRIM, Dijangka Rasmi Dalam Masa Terdekat

Pengguna Nothing Mula Terima Ciri ‘Circle To Search’, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Disember 30, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna telefon pintar Nothing, secara khususnya model Phone (2), Phone (2a), dan Phone (2a) Plus, anda sepatutnya sudah menerima ciri carian inovatif iaitu ‘Circle To Search‘.

Ciri tersebut mula diterima peranti Nothing menerusi Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 secara berperingkat.

Nothing Circle To Search
Nothing Circle To Search 1

Ciri ini memudahkan pengguna membuat carian daripada mana-mana teks, imej atau video pada skrin.

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan ciri ‘Circle To Search’ di telefon pintar Nothing mengikut mod navigasi yang ditetapkan:

  1. Aktifkan terlebih dulu ciri ‘Circle To Search’ menerusi Settings > Special features > Gestures > Navigation mode > Circle to Search

Nothing Circle To Search

  • Untuk Navigasi 3 butang: Tekan lama butang Laman Utama
  • Tetapan Navigasi gerak isyarat: Tekan lama bar Navigasi. (Pastikan bar Navigasi anda tidak disembunyikan)

Nothing Circle To Search

Jadi, jika anda pengguna Nothing Phone (2), Phone (2a), atau Phone (2a) Plus, anda bolehlah menyemak kemas kini pada peranti anda dan mencuba sendiri ciri baharu ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Cara Salin Teks Dari Telefon Pintar Ke Komputer Menggunakan Google Lens
  • Apple Hentikan Penjualan iPhone SE Dan Siri iPhone 14 Di EU

Sumber: Nothing Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY