Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cincin pintar

Cincin Pintar Berdaya NFC, Alternatif Untuk Pembayaran payWave

Diterbitkan Jun 1, 2022 oleh Nadiah Ab

Negara Jepun, yang terkenal dengan kemajuan teknologi, pernah melancarkan satu cincin pintar yang memudahkan perbelanjaan dengan pembayaran tanpa sentuh.

Cincin yang dinamakan Evering ini menggunakan teknologi near-field communication (NFC) untuk digunakan pada teknologi Visa payWave di mana-mana terminal pembayaran.

Evering telah ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna kad kredit di Jepun sejak tahun 2021 dan tidak berfungsi untuk kad debit dan kad prabayar.

Lebih menarik, ia juga akan dibangunkan dengan fungsi baharu iaitu untuk mengunci dan membuka kunci pintu.

Evering disertakan dengan aplikasi mudah alih yang boleh digunakan pengguna untuk memautkan kad kredit mereka tanpa mengira jenama, sama ada Visa, Mastercard, JCB, Amex atau Diners, selagi kad itu dikeluarkan di Jepun.

Jika berlaku kehilangan, pengguna boleh menyahaktifkan cincin melalui aplikasi supaya ia tidak dapat digunakan tanpa kebenaran.

Berbeza dengan kaedah tradisional yang memerlukan untuk meleret kad pembayaran, Evering boleh berfungsi tanpa memasukkan nombor PIN.

Pengguna hanya perlu mengetik atau menuding cincin di atas terminal Point of Sale (POS) yang didayakan Visa payWave dan menunggu sehingga transaksi berjalan.

Namun seperti kebanyakan pembayaran berasaskan NFC, terdapat had maksimum, sehingga 120,000 yen (~RM4,112) setiap bulan.

Seperti kad kredit dan debit, Evering perlu diperbaharui setiap empat tahun supaya dapat digunakan semula sebagai kaedah pembayaran.

Sepanjang empat tahun itu pula, amaun maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 1 juta yen (~RM34,273) dan jika jumlah tersebut digunakan sebelum tamat tempoh, pengguna akan menerima Evering baharu.

Cincin pintar Evering ini diperbuat daripada seramik zirkonia, yang kalis air dan cukup nipis untuk kelihatan seperti cincin pintar biasa.

Sumber: Smart Ring News

Baca juga:

  • Mastercard Lancar Teknologi Biometrik, Bayar Guna Wajah
  • Ukraine Guna Teknologi AI Untuk Mengecam Wajah Mayat Tentera Rusia
  • Teknologi Robot Manusia Di China Lengkap Dengan Urat Dan Bulu Roma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY