Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ukraine AI

Ukraine Guna Teknologi AI Untuk Mengecam Wajah Mayat Tentera Rusia

Diterbitkan Mac 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, Ukraine memutuskan untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengecam wajah mayat tentera Rusia di Ukraine.

Dikatakan usaha ini untuk membantu memberitahu ahli keluarga berkenaan kematian mereka.

Dilaporkan Kementerian Pertahanan Ukraine telah mula menggunakan teknologi AI sejak bulan ini melalui perisian Clearview AI, penyedia teknologi pengecaman wajah dari New York.

Clearview AI membolehkan mereka mencari gambar dari Internet yang sepadan dengan wajah daripada foto yang dimuat naik.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov berkata Ukraine sudah pun mula menggunakan perisian Clearview AI untuk mencari akaun media sosial tentera Rusia yang sudah meninggal dunia.

Dari situ, pihak berkuasa menghubungi keluarga terbabit untuk urusan mengambil atau membawa pulang mayat ke Rusia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak termasuk kumpulan hak awam, menentang penggunaan Clearview atas sebab kemungkinan berlakunya silap pengecaman.

Tentunya pengecaman yang betul hanya dapat dilakukan melalui sampel DNA dan kecederaan yang mungkin ada pada wajah mayat akan menyukarkan proses pengecaman.

Setakat ini, tentera Ukraine berkata kira-kira 15,000 tentera Rusia telah terbunuh sejak Rusia menyerang pada 24 Februari yang lalu.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Rusia Dan Ukraine Bergaduh, DJI Pun Kena Tempias
  • Presiden Ukraine Kena “Deepfake”, Ini Tindakan Dari Meta
  • Rusia Menuduh Syarikat Meta Sebagai “Ekstremis” Kecuali WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY