Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot manusia China

Teknologi Robot Manusia Di China Lengkap Dengan Urat Dan Bulu Roma

Diterbitkan Mac 9, 2022 · Dikemas kini Mac 9, 2022 oleh Nadiah Ab

China cukup dikenali dengan kemajuan teknologinya yang sudah jauh ke hadapan. Lebih menarik lagi, China juga mempunyai satu muzium “masa depan” yang dinamakan Dalian EX Future and Science Museum yang membangunkan teknologi robot manusia.

Digambarkan seperti distopia “Westworld” versi China sendiri, muzium ini merupakan tempat yang menempatkan robot manusia.

Disiarkan dalam video oleh saluran media China CGTN, muzium yang berilhamkan fiksyen sains menampilkan berbilang robot dalam cryo-pod yang besar. Terletak di pusat penyelidikan dan reka bentuk muzium, ia juga menghasilkan robot manusia secara langsung.

Di Dalian EX Future and Science Museum, juruteknik akan mencipta robot berpandukan pengunjung yang hadir. Ini dilakukan dengan mengimbas badan dan ciri seseorang untuk mencipta replika, robot humanoid.

Apa yang menyeramkan, robot yang direka itu mempunyai tahap realisme yang sangat tinggi yang hampir sama dengan manusia sebenar.

Menggunakan pengimbas berkualiti tinggi dan percetakan 3D, muzium ini juga boleh meniru butiran terkecil manusia. Jangan terkejut, butiran seperti urat di anggota badan dan bulu roma juga boleh direplikasikan pada replika robot di sini.

Jika anda lihat dari video di bawah, wartawan yang dijemput ke muzium ini telah diimbas dan dicetak untuk menghasilkan satu replika robot dirinya sendiri.

Pengunjung yang hadir juga boleh menggunakan aplikasi penjejakan muka untuk mengawal ekspresi muka robot, serta sarung tangan untuk menggerakkan tangan robot.

Muzium ini, yang dibuka pada September 2021, turut menampilkan robot yang direplika atas Albert Einstein dan Steve Jobs seperti yang dapat dilihat dalam video di atas.

China semestinya akan terus mengambil langkah ke hadapan dalam industri kecerdasan buatan (AI). Adakah Malaysia akan turut sama? Bincangkan..

Sumber: Insider

Baca juga:

  • Robot STAR Boleh Lakukan Pembedahan Tanpa Bantuan Manusia
  • Robot Pintar Mula Bertugas Agih Air Zamzam Kepada Jemaah Haji
  • Ameca – Robot Dengan Reaksi Wajah Seperti Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY