Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mastercard

Mastercard Lancar Teknologi Biometrik, Bayar Guna Wajah

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Nadiah Ab

Mastercard mengesahkan telah melancarkan cara baharu untuk membayar bil melalui teknologi biometrik atau pengecaman wajah.

Program Semakan Biometrik (Biometric Check Out Programme) di bawah syarikat ini sebenarnya menggunakan teknologi yang sama yang membolehkan anda ‘unlock’ telefon anda.

Presiden Siber dan Kecerdasan di Mastercard, Ajay Bhalla, berkata ia adalah teknologi baharu yang membolehkan pengguna membayar dengan senyuman, wajah atau hanya melambai.

Caranya hanya dengan pergi ke pembayaran dan menggunakan wajah untuk melaksanakan pembayaran. Semudah itu.

Mastercard berkata mereka telah memberikan aplikasi yang terlibat satu set piawaian yang mesti dipatuhi untuk memastikan keselamatan dan privasi selamat.

Syarikat itu juga berhujah usaha menyingkirkan kata laluan boleh menjadikan transaksi digital lebih selamat.

Ujian pertama mereka akan dilancarkan minggu ini di Brazil dengan aplikasi Payface.

Sumber: Mastercard

Baca juga:

  • Sering Kongsi Kod QR Akaun Bank? Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda
  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod Jadi Ciri Baharu MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Akhirnya, BigPay Sokong Pembayaran Dan Pemindahan Wang Melalui DuitNow QR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY