Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hyperloop train

China Uji Kereta Api Sepantas Pesawat — 1,300km Kini Hanya 90 Minit

Diterbitkan Mei 6, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh ariff bukhari

China sedang membangunkan hyperloop iaitu kereta api magnetik berkelajuan tinggi dengan matlamat mencapai kelajuan setanding pesawat.

Dikenali sebagai T-Flight, ujian oleh Kumpulan Perunding Kejuruteraan Kereta Api China (CREC) pada Februari 2024 lalu berjaya mencapai kelajuan 387 mph.

Kemudian, ujian berskala penuh pada Oktober 2024, dalam tiub sepanjang dua kilometer telah pun dijalankan menggunakan teknologi levitasi magnetik, yang membolehkan kereta api “terapung” tanpa geseran pada landasan.

China hyperloop
Kredit: CREC

Projek ini bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara Beijing dan Shanghai sejauh hampir 1,300km yang biasanya mengambil masa perjalanan selama 6.5 jam dengan kereta api sekarang kepada 90 minit sahaja.

Pembangunan kereta api berkelajuan tinggi ini merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan wilayah Shanxi dan Perbadanan Sains dan Industri Aeroangkasa China (CASIC).

Pembinaan landasan ujian yang terletak di Datong telah dibina dalam masa yang singkat, dari April 2022 hingga November 2023.

Ujian hyperloop ini akan diteruskan, dengan rancangan untuk ujian kelajuan berskala penuh di atas landasan sejauh 37 batu (60km).

Jika berjaya, kereta api itu dijangka mencapai kelajuan penuh 621 mph (1,000km/j).

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Bateri CATL 'Tidak Terbakar, Tidak Meletup', Yang Pertama Penuhi Piawaian Keselamatan Bateri China
  • 275 Tan Bateri, 2,100 Penumpang – Inilah Kapal Elektrik Terbesar Dunia

Sumber: The Debrief

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY