Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qilin bateri

Bateri CATL ‘Tidak Terbakar, Tidak Meletup’, Yang Pertama Penuhi Piawaian Keselamatan Bateri China

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh ariff bukhari

CATL, pengeluar bateri terbesar dunia, menjadi syarikat pertama di China yang memenuhi piawaian keselamatan nasional China yang terbaru, “No Fire, No Explosion.”

Peraturan ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026 yang menetapkan bahawa bateri tidak boleh terbakar atau meletup semasa kejadian kegagalan haba, serta asap yang dihasilkan tidak boleh membahayakan penghuni kenderaan.

Piawaian baharu itu diumumkan pada 28 Mac 2025, dengan perubahan utama pada ujian penyebaran haba.

Untuk memenuhi piawaian ini, pembuat bateri perlu menjalani beberapa ujian baharu, termasuk ujian hentaman bawah untuk menilai perlindungan bateri, serta ujian daya tahan terhadap 300 kitaran pengecasan pantas tanpa menyebabkan kebakaran atau letupan semasa ujian litar pintas berikutnya.

Walaupun peraturan ini hanya akan berkuat kuasa pada 2026, CATL mengumumkan pada 29 April bahawa ia telah berjaya memenuhi dua ujian utama itu bagi bateri kenderaan elektrik.

Qilin bateri
Pencapaian CATL memenuhi piawaian baharu lebih awal daripada tarikh pelaksanaannya. Kredit: CATL

Ia dicapai menerusi bateri Qilin, yang telah diperkenalkan pada Jun 2022 dahulu sebagai generasi ketiga teknologi CTP (cell-to-pack) telah dihantar untuk pemeriksaan tersebut.

CATL menyatakan bahawa bateri Qilin mempunyai kecekapan penggunaan ruang sebanyak 72% serta ketumpatan tenaga mencecah 255 Wh/kg, memiliki struktur kukuh serta perlindungan haba yang dipertingkatkan

Laporan ujian itu dikeluarkan oleh China Automotive Technology & Research Center (CATARC), sebuah agensi yang terkenal dalam ujian dan pensijilan produk automotif.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Malaysia Terbaik Di Dunia Dalam Data Terbuka, Skor Hampir 100%
  • Malaysia Tengah Uji Teknologi Tukar Sisa Sawit Jadi Ganti Arang Batu

Sumber: Car News China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY