Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

China Buktikan Masa Depan Robot Humanoid Bukan Lagi Fantasi

Diterbitkan Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

China memperlihatkan kemajuan besar dalam teknologi robot humanoid di World AI Conference (WAIC) 2025 yang berlangsung di Shanghai, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia kecerdasan buatan (AI).

Lebih sedozen robot humanoid dipamerkan dengan pelbagai kebolehan seperti menyusun barang, bermain mahjong, bertinju, serta menghidang minuman. Walaupun pergerakan sesetengahnya masih kelihatan kaku, peningkatan tahap kecanggihan berbanding tahun-tahun sebelumnya jelas ketara.

Pelaburan besar kerajaan China dalam bidang robotik mula menunjukkan hasil yang meyakinkan.

Antara tarikan utama ialah robot Unitree G1, setinggi 130 sentimeter dan mampu menendang, berpusing serta bertinju sambil mengekalkan keseimbangan.

china humanoid – 2

Unitree turut mengumumkan pelancaran model bersaiz penuh, R1, pada harga di bawah USD6,000 (~RM25,290).

Ini dilihat sebagai langkah penting ke arah menjadikan robot humanoid lebih mampu milik untuk pelbagai industri.

Selain robot fizikal, konsep “digital humans” juga menjadi tumpuan.

Syarikat seperti Baidu memperkenalkan avatar maya yang menyerupai manusia sebenar dan digunakan dalam siaran langsung jualan.

Dalam satu siaran e-dagang selama enam jam, avatar digital berjaya mengatasi jualan permulaan oleh manusia sebenar dalam beberapa kategori.

Lebih 10,000 perniagaan di China kini menggunakan teknologi ini setiap hari.

Pakar industri percaya bahawa kekuatan China terletak pada asas data yang kukuh dan pelbagai senario penggunaan yang membolehkan lebih banyak eksperimen dijalankan.

Gabungan ini menjadikan negara itu antara peneraju utama dalam pembangunan robot humanoid dan aplikasi AI secara menyeluruh.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Amazon Tutup Makmal AI Di Shanghai
  • Walmart Lancar AI 'Super Agents' Untuk Naikkan Jualan Dalam Talian

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
  • Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti
©2026 WISER.MY