Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini 5 Aplikasi Tersembunyi Yang Patut Anda Muat Turun Dari Huawei AppGallery

Posted on Julai 11, 2025Julai 11, 2025

Ramai sangka yang peranti Huawei tidak banyak aplikasi dan mungkin menganggap AppGallery hanyalah gedung aplikasi biasa-biasa sahaja. Sedangkan, AppGallery adalah nadi utama untuk aplikasi.

Huawei terus menerus menambah baik ekosistem pengguna mereka menerusi HUAWEI AppGallery yang bertindak sebagai pusat pengedaran aplikasi rasmi untuk semua peranti Huawei meliputi telefon pintar, tablet, dan peranti pintar lain.

HUAWEI AppGallery melengkapkan ekosistem Huawei di mana ia memudahkan akses pengguna kepada 18 kategori aplikasi berbeza untuk dipasangkan ke dalam barisan produk Huawei tanpa perlu bergantung kepada ekosistem lain.

Inilah yang membezakan sekali gus menjadi kelebihan AppGallery daripada platform lain di mana keupayaannya menyokong pengguna merentas pelbagai jenis peranti pintar di bawah satu ekosistem yang serba lengkap, selamat dan diyakini.

Dari aplikasi sembang popular seperti WhatsApp, mengakses akaun Google melalui aplikasi Gmail, menonton video YouTube, bersosial di Facebook mahupun melayari internet dengan pelayar Chrome, semua aplikasi rasmi untuk semua tujuan itu tersedia ditawarkan dalam HUAWEI AppGallery.

Aplikasi tempatan pun banyak

Tidak hanya aplikasi dibangunkan dari pembangun luar, HUAWEI AppGallery turut menjadi pilihan pembangun tempatan untuk menawarkan aplikasi-aplikasi mereka dalam ekosistem Huawei yang luas ini.

Ini meliputi aplikasi perbankan tempatan, hiburan, perkhidmatan rangkaian, mobiliti dan banyak lagi.

Jadi, mungkin ada pengguna yang tidak menyangka bahawa aplikasi-aplikasi tempatan popular ini boleh dimuat turun terus ke dalam peranti Huawei menerusi AppGallery.

KWSP i-Akaun

Versi baharu aplikasi KWSP i-Akaun tersedia ditawar dalam HUAWEI AppGallery yang memudahkan pencarum mengakses akaun simpanan KWSP mereka untuk pelbagai urusan seperti seperti mencarum, memohon pengeluaran mahupun mengeluarkan wang simpanan dari Akaun-3 yang boleh dibuat terus dari peranti Huawei.

 

MyJPJ

Aplikasi mudah MyJPJ juga tersedia dalam HUAWEI AppGallery yang memudahkan orang awam untuk membuat semakan maklumat berkaitan perkhidmatan JPJ seperti saman, tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM),tarikh luput lesen memandu, nombor plat terkini dan lain-lain.

Malah nak bayar saman dari telefon pintar Huawei menerusi aplikasi ini pun boleh. Mudah dan pantas, tak perlu beratur panjang di kaunter JPJ.

 CIMB OCTO MY

Urusan perbankan pun jadi lebih mudahi kerana pelbagai aplikasi rasmi perbankan tersedia untuk peranti HUAWEI.

Sama ada anda pelanggan bank CIMB, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain, semua aplikasi rasmi bank-bank ini ada di dalam HUAWEI AppGallery.

Contoh aplikasi CIMB yang tersedia dalam HUAWEI AppGallery.

Zus Coffee

Bagi peminat kopi khususnya Zus Coffe, anda kini boleh mendapatkan aplikasi ini dari HUAWEI AppGallery terus dari peranti Huawei anda.

Buat pesanan minuman, makanan dan tebus minuman percuma semua jadi mudah dari aplikasi Zus Coffee dengan peranti Huawei.

Lain-lain

Aplikasi – aplikasi tempatan utama yang lain seperti Grab, Astro Go, Flexi Parking, Hotlink dan lain-lain kesemuanya kini ada untuk dimuat turun ke dalam barisan peranti Huawei menerusi HUAWEI AppGallery.

GBox sebagai alternatif

Tetapi, katakanlah aplikasi yang anda inginkan itu tiada ditawar dalam AppGallery, anda janglah bimbang. Ini kerana, Huawei ada menyediakan satu lagi platform sebagai alternatif untuk anda.

Platform itu dikenali sebagai GBox iaitu ‘pintu masuk’ selamat ke Google Play Store dan boleh digunakan seperti aplikasi biasa.

Berikut adalah cara bagi mendapatkan GBox untuk peranti Huawei anda:

  1. Buka AppGallery dan cari “GBox”.
  2. Tekan butang “Install”.
  3. Buka dan klik “Agree”.
  4. Kemudian, tekan “Google Play Store” dan “Allow”.
  5. Log masuk (sekali sahaja) ke Google Play menggunakan akaun Google anda.
  6.  Setelah selesai, dah boleh pasang “Netflix” atau mana-mana aplikasi lain yang tersedia melalui Google Play tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, hampir segala aplikasi utama sama ada diperingkat global mahupun tempatan ada ditawarkan dalam HUAWEI AppGallery.

HUAWEI AppGallery sememangnya melengkap ekosistem Huawei dengan memudahkan penggunanya mencapai akses-akses penting dalam urusan aktiviti harian.

Malah pengguna juga tidak perlu bimbang dengan aplikasi-aplikasi yang yang tersedia kerana AppGallery dilengkapi dengan ciri keselamatan terbina yang dikenali sebagai AppGallery Guard.

Jadi, anda menjadi lebih yakin dengan adanya sistem yang dapat memastikan aplikasi yang dipasang ke dalam peranti selamat dan stabil.

Jika anda ada sebarang soalan atau isu dengan AppGallery, HUAWEI menyediakan platform untuk anda menghubungi mereka menerusi talian Talian Khidmat Pelanggan: 1800 22 0086.

*Artikel ini dibawakan oleh HUAWEI Malaysia

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress