Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Walmart Lancar AI ‘Super Agents’ Untuk Naikkan Jualan Dalam Talian

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Gergasi peruncitan Amerika Syarikat, Walmart, memperkenalkan rangkaian “super agents” berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebagai langkah strategik untuk memacu pertumbuhan e-dagang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut laporan Reuters, inisiatif baharu ini diperkenalkan oleh unit teknologi syarikat, Walmart Global Tech, yang membangunkan empat ejen AI utama bagi menyokong pelbagai fungsi pelanggan, kakitangan, pembekal, dan pembangun.

Antara yang diperkenalkan ialah Sparky, ejen interaktif untuk pengguna, serta ejen lain bagi membantu urusan dalaman kakitangan, pengurusan pembekal dan pembangunan sistem.

Kesemua ejen ini direka untuk beroperasi dalam satu kerangka teknologi bersama yang dikenali sebagai Model Context Protocol (MCP).

Walmart menyasarkan 50% daripada hasil jualan syarikat akan datang dari saluran digital dan e-dagang menjelang lima tahun akan datang.

Pelaksanaan sistem AI ini dilihat sebagai usaha memperkemas operasi serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam era peruncitan digital yang semakin kompetitif.

Langkah ini juga menandakan komitmen Walmart untuk bersaing dengan syarikat seperti Amazon dalam penggunaan teknologi pintar bagi memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran global.

Berkaitan

  • Google, Amazon & OpenAI Kini Berlumba Guna AI Jadi ‘Personal Shopper’ Anda
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Amazon Tutup Makmal AI Di Shanghai

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY