Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Amazon Tutup Makmal AI Di Shanghai

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Gergasi teknologi AS, Amazon, telah menutup makmal penyelidikan kecerdasan buatan (AI) miliknya di Shanghai, yang merupakan sebahagian daripada unit Amazon Web Services (AWS).

Penutupan ini dikaitkan dengan penyesuaian strategik antara AS dan China, menurut seorang saintis makmal itu dalam satu hantaran WeChat yang tersebar luas di media sosial China.

Langkah ini berlaku ketika persaingan teknologi antara Washington dan Beijing semakin memuncak, terutamanya dalam bidang AI.

AWS sebelum ini turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja dalam beberapa pasukan, dipercayai melibatkan ratusan jawatan.

Amazon tidak mengulas secara langsung mengenai penutupan makmal tersebut, namun menyatakan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada usaha mengoptimumkan sumber dan fokus terhadap inovasi.

Makmal tersebut ditubuhkan pada musim luruh 2018 dengan matlamat menjalin kerjasama aktif bersama komuniti penyelidikan.

Penutupan ini sejajar dengan trend beberapa syarikat teknologi AS lain seperti Microsoft dan IBM yang turut mengurangkan operasi penyelidikan mereka di China.

Berkaitan

  • Google, Amazon & OpenAI Kini Berlumba Guna AI Jadi ‘Personal Shopper’ Anda
  • Amazon Dilapor Gandakan Iklan Di Prime Video, Kini Sampai 6 Minit Setiap Jam
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY