Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera mysj trace android-min

‘Check-In’ MySejahtera Menurun 25% Sejak Jumaat Lalu

Diterbitkan Mac 31, 2022 · Dikemas kini Mac 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas rakyat digemparkan dengan berita berkenaan pengurusan MySejahtera yang didakwa dijual antara pihak ketiga, ‘check-in’ atau daftar masuk MySejahtera di seluruh negara terus mencatatkan penurunan.

Ini berlaku sejurus selepas pendedahan Jabatan Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan kerajaan yang melakukan rundingan terus dengan MySJ Sdn. Bhd. tanpa tender terbuku.

27 Mac lalu, Anwar secara umum meminta kerajaan menjelaskan pelantikan MySJ dan pada hari tersebut, daftar masuk dicatatkan seluruh negara ialah 19,279,238.

Namun, angka ini sudah menurun sehari sebelum itu di mana daripada 24,358,225 pada Jumaat, 25 Mac turun ke 20,106,659 pada Sabtu, 26 Mac.

Bilangan daftar masuk ini nampaknya terus menurun dengan pemeriksaan kami setakat 29 Mac 2022, daftar masuk dicatatkan hari tersebut hanya pada angka 18,303,911.

Ini bermakna, dari Jumaat minggu lalu hingga Selasa ini, daftar masuk MySejahtera menurun sebanyak 25%, sekitar 6 juta. Data untuk 30 Mac setakat artikel ini ditulis masih belum direkodkan di laman GitHub.

Namun, 28 Mac menjadi angka terendah sepanjang penggunaan MySejahtera tahun ini dengan hanya 18,038,569 daftar masuk.

Sumber: GitHub

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY