Cakap sahaja tentang permainan mudah alih, pastinya nama PUBG Mobile terus terpacul di kepala. Walaupun telah dilancarkan beberapa tahun dulu, tapi masih terus dimainkan sehingga kini. Bahkan, variasi terbarunya juga baru dilancarkan, dinamakan New State Mobile.
Tapi, pastilah ada rahsia dan petua untuk mengasah skill dan menjadi terbaik. Antara tetapan yang anda boleh cuba di “Settings” ialah dengan memilih ‘Mixed’ bagi ‘Lean mode’ dan ‘Scope mode’ di mana anda boleh menekan ikon ‘peek’ dan skop selama mana anda mahu gunakannya. Namun, anda juga boleh menggunakan tap seperti biasa kerana mod ini membenarkan kedua-duanya.
Matikan ‘Peek and open scope’ kerana jika dihidupkan, skop akan digunakan automatik setiap kali ‘peek’ atau sengetkan badan. Seeloknya, gunakan skop dahulu kemudian barulah intai (peek) atau sengetkan tubuh.
Untuk tetapan grafik seperti ‘Graphis’ dan ‘Frame Rate, letakkan sahaja pada tetapan maksimum yang boleh ditampung peranti anda. Bagi ‘Style’ pula, pilih ‘Colourful’ kerana ini memudahkan anda mengesan musuh yang sedang bersembunyi. ‘Realistic’ juga pilihan yang baik.
Hal ini kerana selain memberikan pengalaman permainan lebih baik, ia juga dapat membantu anda menewaskan musuh dengan lebih berkesan. Sayanglah kalau peranti anda tidak menyokongnya. Apa-apapun, pastikan semua tetapan mendatangkan keselesaan kepada anda.
Nak lagi power? Ketahuilah saudara-saudari sekalian, tetapan grafik tertinggi dan kesemua ini boleh dicapai dengan dengan telefon kelas andalan terbaharu daripada realme iaitu realme GT 2 Pro.
Telefon Kelas Andalan Sesuai Untuk Gaming
Telefon kelas andalan daripada realme iaitu Realme GT 2 Pro baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Sebut sahaja tentang siri GT, pastinya tak perlu banyak pengenalan kerana mereka yang mengikuti rapat dunia Android pasti sedia maklum dengan prestasi peranti dalam siri ini. Kalau anda nampak ia biasa-biasa saja, anda mungkin silap tapi tidak mengapa kerana kita semua manusia. Walaupun zahirnya tampak merendah diri, tapi spesifikasi dalamannya bukan biasa-biasa.
Realme GT 2 Pro bukan sahaja kelas andalan tapi dibina sesuai untuk prestasi permainan gaming yang tinggi. Bagai pinang dibelah dua, permainan berat macam Genshin Impact, PUBG, Apex Legends memang sesuai dimainkan pada telefon ini.
Cip Paling Berkuasa, Snapdragon 8 Gen 1
Pertama sekali, cip Snapdragon 8 Gen 1 ialah sebuah cip daripada Snapdragon paling baharu dengan spesifikasi tertinggi setakat ini. Kalau sesebuah telefon dijana dengan pemproses 8 Gen 1 ini, mustahillah untuk tak cuba bermain permainan yang berat kerana ia sebahagian daripada kemampuan cip ini. Realme GT 2 Pro dengan mudah dapat handle keperluan PUBG Mobile tanpa perlu pengguna risau tentang pengalaman permainan.
Bagi anda yang sangat menitikberatkan markah penanda aras, AnTuTu memberikan mata lebih sejuta untuk peranti ini.
Dengan binaan 4nm cip 8 Gen 1 terbaharu ini, ia menawarkan prestasi CPU dengan kadar 20% lebih baik dengan prestasi GPU yang ditingkatkan sebanyak 30%. Penjimatan kuasa juga dapat berlaku sehingga 30%.
Bukan itu sahaja, 8 Gen 1 bersama seni bina Armv9 dengan teras 1+3+4 ini juga mempunyai peningkatan prestasi AI sebanyak 400%, dibantu cip grafik Adreno generasi ke-4.
Cip buatan Snapdragon, tambah pula model terbaharu dan terpadu, apa lagi yang lebih sesuai? Nak jadi champion mestilah kena guna peranti dengan enjin paling padu, Snapdragon 8 Gen 1 pastinya tidak mengecewakan.
Skrin AMOLED 2K Dengan LTPO 2.0 Pertama Di Dunia
Kalau guna telefon dengan skrin retak, mesti tak puas hati kan? Dengan Corning Gorilla Glass Victus, ia lebih tahan lasak kerana sekalipun dijatuhkan setinggi 2 meter, peranti masih dalam keadaan baik. Tapi untuk bermain game, tak cukup tahan lasak, paparannya juga mestilah kena cerah dengan warna yang tepat.
Realme GT 2 Pro ini hadir dengan skrin 6.7 inci yang mempunyai resolusi 2K dengan ketumpatan 525 PPI. Kecerahan maksimum dihasilkan juga tinggi iaitu pada 1400 nit.
Untuk kepuasan gaming pada tahap terbaik, paparan berteknologi LTPO 2.0 ini bukan hanya mempunyai kadar segar 120Hz tetapi juga mempunyai input sentuh setinggi 1,000Hz yang dipanggil Turbocharged. Lebih mudahlah nak tembak musuh dalam PUBG Mobile.
Tak perlu risau tentang penggunaan bateri yang tinggi kerana ia sistem pada peranti ini mengguna kadar segar dinamik yang mana ia akan mengubah kadar segar dari 1Hz hingga 120Hz berdasarkan kesesuaian aplikasi. Dengan ciri ini, bateri boleh dijimatkan sehingga 50%.
Bercakap tentang warna, ia boleh mempunyai sokongan paparan 10-bit, 1.07 bilion warna yang meliputi 100% gamut warna P3. Untuk kontras warna, ia bernisbah 5,000,000:1 bersma nilai 0.5 JNCD di mana menawarkan pemaparan ketepatan warna yang agak bagus. Dengan spesifikasi ini, bukan sahaja gaming, malah tontonan seperti di Netflix pun sesuai sangat sebab ia menyokong HDR10+.
Mudahnya, kalau anda tak suka baca spesifikasi terperinci panjang-panjang, gred A+ dianugerahkan DisplayMate sebenarnya dah cukup untuk simpulkan kualiti dan kepuasan menonton kandungan pada realme GT 2 Pro ini.
Main ‘Game’ Lama Tapi Tetap Sejuk Dengan 9 Lapisan Penyejukan
Biasa sangat kita kalau main game, telefon akan jadi cepat panas. Perkara ini macam dah jadi satu kelaziman, game je panas, panas je game. Tambah pula kalau guna telefon kelas pertengahan, haba dikeluarkan tak boleh bincang. Uniknya realme GT 2 Pro, masalah ini mudah-mudah je selesai sebab ia menggunakan Stainless Steel Vapour Cooling Max.
Dengan luas permukaan sehingga 36,761mm², realme GT 2 Pro sekarang ialah telefon dengan permukaan penyejukan paling besar untuk sebuah telefon pintar. Ia dua kali ganda lebih luas berbanding model sebelumnya. Kebuk wap keluli tahan karat (stainless steel vapor chamber) di dalamnya pula mempunyai keluasan sehingga 4129mm².
Dengan kawasan diliputinya digandakan sebanyak 105%, ia mampu mengurangkan sehingga 19° Celsius pada suhu teras dan pada masa sama meningkatkan kecekapan sehingga 25%.
Nak lagi sejuk? Ketahuilah bahawa sistem penyejukan dalam telefon ini juga dilengkapi struktur 9 lapisan penyejukan termasuk menggunakan Diamond Thermal Gel yang mampu melesapkan haba 50-60% lebih baik daripada thermal paste biasa. Disertakan dengan aloi tembaga dengan besi tahan karat, ia mampu melesapkan haba dengan lebih pantas daripada besi atau aluminium.
Bateri Besar, Cas Pula Laju
Dijana dengan cip berprestasi tertinggi, sistem penyejukan melampau, antara perkara penting lain pastinya bateri. Realme GT 2 Pro ini dikuasakan bateri sebesar 5,000mAh, sesuai benar dengan penggunaan permainan apatah lagi kegunaan harian. Kalau bateri besar tapi ambil masa lama untuk pengecasan, macam tak best juga kan?
Untuk telefon lain, itu mungkin masalah biasa tapi dengan realme GT 2 Pro, ia boleh dicas dengan kelajuan sehingga 65W. Lengkap dalam kotak, anda akan diberi pengecas SuperDart 65W, bermakna tak perlu beli pengecas baharu untuk mengecas pantas. Apa lagi yang lebih baik daripada kombinasi bateri besar dan pengecasan pantas?
Ramuan Cukup Untuk Prestasi Terbaik Gaming
Dijana cip berkuasa 8 Gen 1, lengkap dengan sistem penyejukan yang mempunyai luas permukaan terbesar dalam pasaran, skrin AMOLED 2K dengan LTPO 2.0, kadar segar 120Hz, input sentuh pula setinggi 1000Hz, ditambah lagi dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan laju 65W, ini semua adalah ramuan terpenting untuk pengalaman permainan yang selesa dan berprestasi tinggi.
Dengan RAM sebesar 12GB dan storan 256GB, realme GT 2 Pro sudah tersedia di Malaysia pada harga biasa RM2,999.
Namun, realme sekarang mengadakan promosi untuk pelanggan bertuah iaitu pada harga RM2,599 (25 Mac hingga 4 April). Pelanggan yang membelinya berpeluang mendapatkan realme Buds 2 Neo secara percuma dari 25 hingga 26 Mac ini.
Klik di sini untuk membelinya di Shopee pada harga promosi RM2,599.
**Artikel ini dibawakan oleh realme