Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

Lesen, Harta Intelek MySejahtera Dilapor Dijual Pada Harga RM338 Juta

Diterbitkan Mac 28, 2022 · Dikemas kini Mac 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Berita berkenaan penjualan aplikasi MySejahtera tidak terhenti apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan menafikannya semalam.

Terbaru, Codeblue mendedahkan dokumen mahkamah yang menunjukkan bahawa MySJ Sdn. Bhd. bersetuju untuk membayar sejumlah RM338.6 juta kepada pembangun MySejahtera, Entomo dalam tempoh sehingga 2025.

Pembayaran ini adalah untuk harta intelek dan lesen perisian bagi aplikasi tersebut.

Mengikut jadual didedahkan, Entomo akan menerima RM60 juta setiap tahun bermula 2021 sehinggalah 1 Mac 2025. Namun, bayaran lebih RM338.6 juta ini hanya meliputi 24 juta pengguna.

Untuk jumlah pengguna yang melebihi 1% daripada 24 juta (240,000), MySJ perlu membayar RM1.50 bagi setiap pengguna per tahun.

Setakat ini, pengguna MySejahtera telah mencapai 38 juta pengguna seperti diumumkan KJ semalam dan ini bermakna MySJ perlu membayar sekitar RM21 juta lagi pada Entomo.

kpisoft malaysia
Yuran untuk 24 juta pengguna pertama

Dalam pada itu, P2 Asset Management Sdn. Bhd. telah memfailkan saman terhadap Entomo, Revolusi Asia Sdn. Bhd. dan MySJ Sdn. Bhd. kerana telah melanggar perjanjian.

mysejahtera 300 juta

Berdasarkan penyataan oleh P2 Asset Management, persetujuan RM338 juta bagi MySejahtera antara MySJ dan Entomo berlaku pada 6 Oktober 2020, beberapa bulan selepas aplikasi tersebut dilancarkan.

Menurut laporan, pengasas Entomo (dulu dikenali KPISoft) adalah individu yang sama dalam lembaga pengarah MySJ iaitu Anuar Rozhan and Raveenderen Ramamoothie.

Selain itu, mereka yang turut menjadi ahli lembaga pengarah MySJ ialah bekas CEO Sapura, Shahril Shamsuddin, ahli salah sebuah parti politik iaitu Megat Najmuddin, Pengerusi Eksekutif EcoWorld iaitu Lew Kee Sin dan CEO EcoWorld iaitu Heah Kok Boon.

jadual mysejahtera rm300 juta
Struktur pembayaran dalam masa 5 tahun.

Perjanjian ini juga menunjukkan MySJ perlu membayar RM38.6 juta untuk Oktober 2020 sehingga Disember 2020 bagi pemindahan harta intelek dan yuran perkhidmatan. Manakala jumlah selebihnya, RM300 juta diselesaikan secara tahunan.

Menteri Kesihatan setakat ini belum mengeluarkan kenyataan berkenaan pendedahan terbaharu daripada Codeblue ini.

Kemas kini:

Malay Mail melaporkan bahawa dalam acara pelancaran buku Malaysian Healthcare: Building for Future Excellence Equity and Resilience petang tadi, Khairy Jamaluddin berkata MySejahtera dan datanya masih lagi milik kerajaan Malaysia.

”Jumlah dipersetujui mereka tidak ada kaitan dengan rundingan kerajaan,” jawab Menteri Kesihatan.

Jelasnya lagi, urusan mahkamah antara Entomo dan MySJ adalah urusan mereka dan tiada kena-mengena dengan Kerajaan.

Sumber: Codeblue

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY