5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Kalau korang mahukan sebuah telefon pintar bertaraf flagship yang berbaloi untuk dimiliki tapi mesra poket, model telefon pintar terbaru dari realme inilah yang patut menjadi pilihan korang.

Model telefon pintar yang dimaksudkan di sini sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan, realme GT 2 Pro yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

realme GT 2 Pro merupakan sebuah telefon pintar paling premium pernah dihasilkan realme dan banyak sebab menjadikannya ia begitu istimewa berbanding pesaingnya yang lain.

Berprestasi tinggi


realme GT 2 Pro bukan calang-calang peranti kerana ia dikuasakan oleh salah satu cip pemprosesan paling berkuasa yang ada ditawarkan ketika ini iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Kapsyen: realme GT 2 Pro peroleh skor prestasi AnTuTu lebih daripada 1 juta mata.


Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan cip pertama menggunakan arkitektur Armv9 telah meningkatkan prestasi kuasa pemprosesan dan kuasa grafik realme GT 2 Pro pada tahap tertinggi tetapi tanpa mengabaikan penjimatan tenaga.

Kamera menakjubkan


Memanfaatkan keupayaan kuasa pemprosesan yang ada, realme memuatkan GT 2 Pro  mereka dengan kamera berkuasa yang cukup istimewa di mana realme GT 2 Pro menjadi satu-satunya peranti di dunia ketika ini yang dilengkapi dengan kamera bersudut lebar 150 darjah.

Malah ia juga dimuatkan dengan lensa ultra makro yang berupaya zoom sehingga 40 kali.

Kapsyen: realme GT 2 Pro dilengkapi dengan kamera utama 50 MP dengan ciri penstabilan imej (OIS), lensa sudut lebar 150 darjah, 50MP dan lensa ultra makro dengan keupayaan sehingga 40 kali zoom.


Dengan 3 tetapan kamera yang ada pada peranti sekaligus memberikan anda kuasa menghasilkan imej dan video kreatif dan berkualiti pada tahap terbaik walau dalam apa jua keadaan.

Skrin rata 2K pertama di dunia


Sebagai sebuah peranti flagship dan premium, realme GT 2 Pro dipadankan dengan paparan terbaik di mana ia dilengkapi skrin AMOLED 2K dengan kadar segar 120Hz.

Malah ketika ini, skrin realme GT 2 Pro merupakan yang pertama di dunia menggunakan skrin AMOLED 2K dengan teknologi LTPO 2.0.



Sekaligus memberikan paparan visual terbaik apabila korang menonton video, mengambil gambar ataupun bermain permainan di atas peranti ini.

Tidak lupa juga paparan realme GT 2 Pro menggunakan skrin tahan lasak dari Corning Gorilla iaitu Victus Glass.

Sistem penyejukan padu


Mungkin ada yang skeptikal dengan suhu realme GT 2 Pro. Ye lah peranti berkuasa jadi mesti peranti akan jadi cepat panas.

Tapi sebenarnya tidak. Ini kerana realme GT 2 Pro dilengkapi dengan sistem penyekukan yang cukup efisyen untuk menyejukkan peranti berkuasa ini.



 realme telah berjaya mereka bentuk sistem penyejukan untuk peranti ini bagi memastikan realme GT 2 Pro sentiasa selesa dipegang walaupun sedang menjalankan operasi berat seperti bermain permainan.

Jadi isu panas seperti yang dialami pada pesaingnya sama sekali tidak timbul pada realme GT 2 Pro.

Harga tak keras


Salah satu elemen penting dalam pemilihan sesebuah peranti pastinya korang tengok pada harga yang ditawarkan, betul tak?

Jadi ini yang menjadikan realme GT 2 Pro tidak mampu ditandingi pesaing lain kerana realme menawarkan harga untuk peranti ini pada harga yang cukup kompetetif.

Hanya berharga RM 2,999.00, korang dah boleh miliki realme GT 2 Pro yang bertaraf flagship standing dengan peranti lain yang lebih mahal harganya.



Malah sempena pelancarannya, realme menawarkan realme GT 2 Pro dijual hanya pada harga promosi iaitu RM2,599 sahaja untuk masa terhad iaitu dari 25 Mac 2022 hingga 4 April 2022 ini.

Malah realme juga menawarkan satu lagi produk mereka secara percuma untuk korang iaitu fon telinga buds 2 Neo bagi pembeli terawal realme GT 2 Pro dari 25 hingga 26 Mac 2022 ini.

Jadi, jom jadi pembeli terawal realme GT 2 Pro bagi merebut promosi terhad ini serta miliki peranti flagship paling premium yang pernah dihasilkan realme.

Nak peranti berkuasa, kaya dengan pelbagai ciri premium tapi harga tak keras, maka realme GT 2 Pro lah jawapan terbaik untuk korang.

Bagi yang berminat, anda boleh belinya melalui pautan INI.

 

Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia.

Berkaitan